Dua jaringan dalam satu perlawanan yang pertama dalam karier Bradley Barcola membantu Paris Saint-Germain mengekalkan rentak kemenangan pada permulaan musim apabila mengatasi Montpellier 6-0 awal pagi tadi.

Barcola membuka jaringan pada minit keempat perlawanan, sebelum Marco Asensio menggandakan kelebihan sebelum tamat separuh masa pertama.

Pemain berusia 21 tahun itu meneruskan momentum cemerlang apabila menjaringkan lapan minit selepas perlawanan bersambung, dengan Achraf Hakimi, Warren Zaire-Emery serta Lee Kang-in melengkapkan kemenangan yang penuh dominan.

PSG kini telah menjaringkan 10 gol dalam dua perlawanan liga, ketika mereka mempamerkan permulaan yang cukup cemerlang tanpa kelibat Kylian Mbappe.