Susulan peletakan jawatan Nidzam Jamil bulan lalu, naib juara Piala FA 2024, Selangor, mengumumkan kehadiran ketua jurulatih yang baru, Katsuhito Kinoshi, malam tadi.

Perkara itu diumumkan secara rasmi menerusi kenyataan rasmi di X yang memperkenalkan individu dari Jepun itu untuk meneruskan misi dan visi The Red Giants.


Sebelum ini, Abdi Hassan menggalas tanggungjawab tersebut apabila dilantik sebagai pemangku sementara selepas Nidzam Jamil meninggalkan peranan tersebut.

Sudah tentu pengalaman yang dibawa dari Eropah bakal menjadi tunjang utama tatkala Katsuhito Kinoshi merupakan bekas pembantu jurulatih Serbia.