Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysai (FAM), Datuk Noor Azman Rahman, bersedia memberi kerjasama penuh dengan Jabatan Pelesenan Kelab Konfedarasi Bolasepak Asia (AFC) berhubung dakwaan perlanggaran maklumat yang berlaku musim ini.

"Kita menerima saranan yang baik daripada pihak AFC dan sentiasa memberi kerjasama bersama Liga Bolasepak Malaysia (MFL) untuk menyerahkan keterangan secara terbuka," katanya.

Isu gaji dalam saingan Liga Malaysia sudah mula mendapat perhatian AFC dan Jabatan Pelesenan Kelab AFC kali ini membuka kertas siasatan drastik dengan tujuan untuk melakukan penilaian semula apabila terdapat beberapa kelab yang tidak menepati syarat pelesenan kelab masih diberikan peluang untuk mendapatkan pelesenan kelab.

Dua tahun lalu, Persatuan Bolasepak Iran pernah digantung daripada mendapatkan lesen dan kesannya, tiada wakil negara itu dapat beraksi di pentas Asia.