Jaringan penalti daripada pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo, pada minit ke-97 memberi kemenangan 2-1 dalam perlawanan dramatik ketika menentang pasukan tuan rumah, Al-Shabab, awal pagi tadi.

Al-Nassr terlebih dahulu mendahului aksi menerusi pemain kebangsaan Sepanyol, Aymeric Laporte, yang kerap melakukan asakan bertali arus ke arah gawang Al-Shabab demi kemenangan berharga.



Bagaimanapun, kedudukan tersebut menjadi 1-1 susulan tampanan pemain sendiri iaitu Ali Alhassan memberi gol penyamaan buat Al-Shabab pada minit ke-90, sekali gus menghampakan perasaan pemain pasukan pelawat ketika itu.

Namun, keyakinan yang dimiliki ketua pasukan Portugal sememangnya tidak boleh disangkal apabila menyempurnakan sepakan penalti yang memberi tiga mata penuh selain berada di tempat kedua saingan Liga Pro Saudi di belakang pendahulu, Al-Hilal.