Mengikut wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, pemain berusia 27 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan penggantungan, tetapi mengalami masalah cirit-birit -- sehari sebelum bertolak ke kubu lawan.
Terengganu FC hadir ke Alor Setar tanpa kelibat tonggak import, Marin Pilj yang mengalami diarrhea (cirit birit).
— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) October 19, 2024
Selebihnya tiada isu kecederaan & penggantungan pemain menjelang pertemuan Liga Super menentang Kedah DA 9 malam ini.@ASTROARENA
? TFC pic.twitter.com/AMhYPDVnIt
Untuk rekod, selepas 16 aksi bersama Terengganu, dia telah menyumbangkan dua gol dan dua bantuan jaringan selain menjadi watak penting dalam memacu cabaran pasukannya mara ke pusingan separuh akhir Piala Malaysia 2024.