Bekas pemain tengah Harimau Malaya K. Gurusamy, bertekad melakukan kemunculan semula dalam kancah Liga Super.

Bukan menyertai mana-mana pasukan sedia ada dalam saingan elit Liga Malaysia (Liga-M) itu, sebaliknya Gurusamy mahu berbuat demikian dengan memacu kelab Bunga Raya Damansara.

Pemain berusia 35 tahun itu menjadikan pusingan kedua Liga A1 Semi-Pro sebagai pentas kebangkitan buat pasukannya untuk menjuarai kejohanan berkenaan.

"Kami agak leka di bahagian pertahanan hingga dibolosi dalam pusingan pertama.

A post shared by Bunga Raya Damansara F.C. (@brdamansara)



"Lagipun kami mendapatkan jurulatih baru dari Argentina, Federico Ezequiel Hernandez, yang memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan pasukan.

"Kini dia sudah mengenali kami dan kami mahu menepati sasaran meraih tangga pertama atau kedua," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Kali terakhir Gurusamy beraksi dalam Liga Super pada musim 2022 dan terpaksa mencari pasukan lain pada musim berikutnya gara-gara pembubaran Petaling Jaya City.

"Keupayaan rakan sepasukan saya memang tidak banyak jauh bezanya dengan pihak lawan.

"Kami ada kualiti dan beberapa bakat baru juga telah diserapkan," katanya.