Ketua jurulatih Matador Hockey Club, K. Yogeswaran menyifatkan pasukannya tidak mempunyai masa yang mencukupi dalam saingan Liga Hoki Malaysia 2025 menjelang perlawanan pertama bertemu Nurinsafi Sporting di Bertam, 15 Januari ini.
Tidak seperti pasukan lain yang sudah memulakan aksi sejak minggu yang lalu, namun skuad Matador belum memulakan sebarang aksi atas sebab kekangan beberapa pemain yang belum lagi melaporkan diri terutamanya tonggak import dari Pakistan yang akan memperkuatkan pasukan.
Begitupun, Yogeswaran tetap kekal optimis dengan keupayaan anak buahnya yang bakal menghadapi cabaran itu sambil meletakkan sasaran mengakhiri kancah selaku empat pasukan terbaik pada musim ini.
"Masa untuk kami bersedia adalah singkat kerana hanya lebih kurang 15 pemain tempatan sahaja turun berlatih, manakala pemain import baru sahaja tiba di Malaysia dua hari lepas"
"Walaupun tidak cukup masa, pemain import Pakistan adalah antara yang berkaliber, jadi mereka boleh membawa satu pembaharuan di dalam saingan liga"
"Saya tertarik dengan kebolehan pemain Pakistan ketika sesi latihan" kata K. Yogeswaran kepada wartawan Astro Arena, Najmi Iman.
Sementara itu, penyerang muda Pakistan, Abdul Hannan Shahid, mengakui teruja untuk memulakan aksi pertamanya dalam LHM 2025 serta tidak sabar untuk membantu pasukan Matador mencapai sasaran yang diletakkan.
Pemain berusia 20 tahun itu mahu menggunakan pengalaman bermain di Malaysia dalam siri Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah oleh kerana sudah mempunyai keserasian bersama rakan sepasukan dari Pakistan.
"Saya amat teruja untuk bermain bersama pasukan Matador serta rasa seperti kami adalah sebuah keluarga dan harap dapat pamer prestasi cemerlang di Liga." tambah Hannan Shahid.
Adli Aidy
Sun Jan 12 2025
LHM: UiTM hukum ketumpulan Maybank
Skuad hoki UiTM mencipta kejutan untuk mencetak kemenangan sulung dalam kempen Liga Hoki Malaysia (LHM) 2025 dengan menundukkan Maybank 3-1, petang tadi.
LHM 2025: Yogeswaran optimis keupayaan Matador meski hadapi kekangan masa
Ketua jurulatih Matador Hockey Club, K. Yogeswaran menyifatkan pasukannya tidak mempunyai masa yang mencukupi dalam saingan Liga Hoki Malaysia 2025 menjelang perlawanan pertama bertemu Nurinsafi Sporting di Bertam, 15 Januari ini.
LHM 2025: Usah terlalu hormati lawan, kata jurulatih TNB Thunderbolts
Ketua jurulatih TNB Thunderbolts, Kaliswaran Muniandy melarang skuad kendaliannya terlalu menghormati barisan bintang Tenaga Nasional Berhad (TNB) esok.
LHM 2025: Jurulatih Maybank persoal semangat sebilangan pemain
Ketua jurulatih baru skuad hoki Maybank, Iman Gobinathan, tidak akan berkompromi sikap acuh tak acuh sesetengah pemain utamanya yang mengugat harapan untuk menamatkan kemarau 30 tahun tanpa kejuaraan.
LHM 2025: Rodhanizam pantau tahap kecergasan pemain
Kurang sebulan menuju Piala Dunia Hoki Dalam Dewan di Croatia bermula 3 Februari, ketua jurulatih negara, Rodhanizam Mat Radzi ‘turun padang’ memantau tahap kecergasan pemainnya di saingan Liga Hoki Malaysia 2025.
LHM: Misi Maybank sekat kecemerlangan juara Piala Sumbangsih, THT
Maybank harus menggunakan kesempatan yang ada apabila berbaki 24 jam sebelum pertemuan menentang Terengganu Hockey Team (THT) dalam Liga Hoki Malaysia (LHM) 2025 yang akan berlangsung di Stadium Hoki Nasional 2, Bukit Jalil esok.
Hoki Piala Sumbangsih: THT pecah dominasi TNB untuk bergelar juara
Terengganu Hockey Team (THT) memecahkan kebuntuan apabila menyekat hajat Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk bergelar juara dengan keputusan 2-1 dalam perlawanan Piala Sumbangsih di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil sebentar tadi.
LHM 2025: TNB pertaruh empat muka baru
Dalam usaha untuk memperkukuhkan dominasi di pentas Liga Hoki Malaysia, skuad hoki TNB mengambil langkah mempertaruhkan empat wajah baru yang akan menghiasi barisan pemain musim 2025.
Hoki Piala Sumbangsih: Kehadiran Jong-hyun lengkapkan skuad TNB
Kehadiran individu penting yang paling dinantikan, bintang Korea Selatan, Jang Jong-hyun selamat kini tiba di tanah air bagi melengkapkan barisan tonggak utama skuad hoki Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjelang Piala Sumbangsih Sabtu ini.
LHM: Bukan lagi jalan mudah buat TNB dalam musim baru
Jurulatih Tenaga Nasional Berhad (TNB), Nor Saiful Zaini, menganggap perubahan dalam saingan Liga Hoki Malaysia (LHM) 2025 memberi penambahbaikan daripada segi kualiti penganjuran.
Australian Open: Zverev cruises into third round as Paul beats Nishikori
Zverev cruises into third round
Dyche backs Moyes to push Everton forward in second Goodison spell
Dyche: Moyes will push Everton
Borthwick: George disappointed to lose captaincy to Itoje for Six Nations
Itoje replaces George as captain
Australian Open: Ruud's major wait continues after Mensik defeat
Mensik beats Ruud in Melbourne
Daigneault lauds Wallace progress after returning to form in Sixers win
Daigneault lauds Wallace response
Klopp: I'll throw a party if Man City lose their Premier League titles
Klopp: Party if City lose titles
Australian Open: Gauff battles past Burrage
Gauff overcomes Burrage test
Australian Open: Osaka relishing 'Titan' encounters in Melbourne
Osaka relishing 'Titan' clashes
Australian Open: Djokovic 'blessed' to set grand slam record
Djokovic delighted with major feat
Draw specialists Juventus being held back by stalemates, says Motta
Motta: Draws holding Juventus back