Terengganu Hockey Team (THT) memecahkan kebuntuan apabila menyekat hajat Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk bergelar juara dengan keputusan 2-1 dalam perlawanan Piala Sumbangsih di Stadium Hoki Nasional 2, Bukit Jalil sebentar tadi.
Bintang Korea Selatan merangkap pemain import TNB, Jang Jong-hyun, terlebih dahulu menjaringkan gol buat juara bertahan pada minit ke-27, namun ia tidak mengancam kem THT untuk melakar kebangkitan.
Liga Hoki Malaysia 2025 :
— karlnunis (@_karlnunis) January 4, 2025
THT sekat hajat TNB untuk pertahan Kejuaraan Treble apabila menjulang Piala Sumbangsih & membawa pulang 3 mata berharga hasil kemenangan 2-1.
Gol THT hasil sentuhan ‘Otai Masih Berbisa’ Faizal Saari & Tengku Ahmad Tajuddin.@ASTROARENA pic.twitter.com/D5Coen4eej
Tonggak The Speedy Tigers, Faisal Saari, memberi kelebihan buat skuad THT mendapatkan jaringan melalui pukulan sudut penalti, selain Tengku Ahmad Tajudin Abdul Jalil menoktahkan kemenangan, sekali gus menamatkan rentetan kejayaan TNB.
Sementara itu, PDRM mencipta sensasi apabila berjaya menewaskan Malaysian University (MU) 1-0 menerusi jaringan pemain kebangsaan, Hanis Nadiah Onn, untuk merangkul kejuaraan aksi pembukaan Liga Hoki Malaysia (LHM) 2024 itu.
Untuk rekod, itu merupakan kali pertama Hanis Nadiah menjaringkan gol secara peribadi selepas bangkit daripada dibelenggu masalah kecederaan anterior cruciate ligament (ACL), sebelum ini.