Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, berharap Jude Bellingham tidak akan mengalami tekanan yang terlalu besar selepas mempamerkan aksi luar biasa ketika mewakili England dalam Piala Dunia Qatar 2022.
Pemain tengah Borussia Dortmund itu sedang hangat dikaitkan untuk menyertai beberapa kelab elit Eropah -- termasuk Liverpool -- selepas mencuri tumpuan sepanjang tahun ini.
Bellingham, 19, memulakan kesemua lima perlawanan England dalam Piala Dunia 2022 sebelum perjalanan mereka ditamatkan Perancis dalam suku akhir -- menghasilkan satu gol dan satu bantuan jaringan selaku pemain tengah.
Dia dilaporkan diberikan penilaian oleh Dortmund dengan tanda harga €100 juta (RM469.74 juta) sebelum Piala Dunia dan nilai itu dilihat kian melonjak hari ini.
Bagaimanapun, Klopp berkata tidak kira seberapa mahalnya pemain berusia 19 tahun itu, dia tidak sepatutnya diberikan bebanan dengan jangkaan terlalu tinggi di negara kelahirannya.
"Saya tidak gemar untuk sentiasa bercakap mengenai wang," kata Klopp kepada wartawan.
"Apabila anda bercakap mengenai pemain seperti Jude, saya fikir semua orang akan bersetuju bahawa dia amat luar biasa dalam kelompok umurnya.
"Bayangkan seseorang yang langsung tidak tahu mengenai bola sepak atau tahu tetapi sudah lama tidak mengikutinya, mereka tidak akan tahu siapa Jude Bellingham.
"Anda fikir berapa umurnya? Saya fikir tiada siapa akan dapat teka atau hampir dapat tahu umurnya.
"Ia seperti 28 atau 29 tahun, sesuatu seperti itu kerana dia bermain dengan amat matang.
"Dia beraksi dengan luar biasa dalam Piala Dunia, amat luar biasa. Dan dia terlalu bagus dalam banyak perkara dan perlu meningkat dalam beberapa perkara lain.
"Tetapi untuk menyifatkan dirinya, saya akan katakan perkara yang dia sudah boleh lakukan adalah sukar untuk dipelajari. Perkara yang perlu dipelajarinya amat mudah untuk dipelajari dan untuk meningkat, jadi kerana itulah dia seorang pemain yang amat bagus.
"Apa yang saya boleh katakan? Tiada apa yang baru. Saya sudah memikirkannya sejak dua atau tiga tahun lalu, sejak dia mula menyinar di Dortmund. Semua orang sudah tahu perkara itu.
"Tetapi saya tidak tahu apa kena-mengena nilai wang dengannya. Saya fikir jika kita mahu membantunya, kita tidak perlu terlalu bercakap mengenai wang.
"Dan maksud saya, daripada sudut pandang di England, jangan meletakkan sebarang halangan terhadap perkembangannya. Itu sudah cukup baik tanpa mengira bagaimana penghujungnya," katanya.
Muzaffar Musa
Mon Dec 26 2022
EPL: 'Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?' Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool
Jurgen Klopp enggan menilai musim terakhirnya di Liverpool setakat ini, walaupun ia kelihatan semakin hampir menemui kegagalan.
SAC 2024: Selangor raih tujuh mata belasah DPMM di Petaling Jaya
Selangor diambang juara kejohanan empat penjuru, Selangor Kusel Asia Challenge (SAC) 2024, apabila meraih tujuh mata dengan membelasah kelab Brunei, DPMM FC, di Stadium Petaling Jaya sebentar tadi.
SAC 2024: Balistier Khalsa raih empat mata atasi Young Elephants
Wakil Singapura, Balistier Khalsa meraih empat mata dalam aksi Selangor Kusel Asia Challenge (SAC) 2024 apabila mengatasi kelab Laos, Young Elephants, 1-0 di Stadium Petaling Jaya sebentar tadi.
Stadium Petaling Jaya kini rumah Gergasi Merah!
Stadium Petaling Jaya kini kelihatan sudah bersedia untuk menjadi rumah Selangor menjelang saingan Liga Malaysia musim 2024/25 bermula bulan depan.
Halilintar Tempoyok: Video pelancaran jersi Sri Pahang paling 'lucu' setakat ini
Jika ada anugerah video pelancaran jersi paling lucu dan menarik sepanjang pramusim ini, Sri Pahang pasti pemenangnya.
Piala Asia B-23: Stadium Abdullah bin Khalifa 'rumah baru' Indonesia
Indonesia telah meraih kemenangan dalam semua ketiga-tiga penampilan mereka di Stadium Abdullah bin Khalifa, Doha bagi kempen Piala Asia B-23 2024.
Piala Asia B-23: Indonesia sah sambung kontrak jurulatih hero Garuda Muda, Shin Tae-yong
Pengerusi Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI) Erick Thohir telah mengesahkan bahawa kontrak jurulatih cemerlang Shin Tae-yong akan dilanjutkan sehingga 2027.
Piala Asia B-23: Segak bergaya seiring pencapaian gah, Indonesia catat sejarah
Skuad Korea Selatan adalah antara pasukan tetap yang selalu ada buat saingan Olimpik sejak 1988. Namun bagi edisi Piala Asia B-23, Skuad Garuda Muda berjaya menamatkan rentetan 36 tahun Korea bagi ke olimpik Paris 2024.
Liverpool pada asal tidak minat tandatangani Darwin Nunez
Pasukan pengambilan pemain Liverpool lebih gembar menandatangani bintang Liga Perdana Inggeris yang berbeza berbanding Darwin Nunez dua tahun lalu, menurut satu laporan.
EPL: Atasi Brighton pastikan Man City pintas Liverpool
Phil Foden menjaringkan dua gol ketika membantu Manchester City memintas Liverpool dan kekal dalam persaingan takhta Liga Perdana Inggeris selepas membelasah Brighton 4-0.
Orlando City v Toronto FC: Pareja delighted with Lions’ character
Preview: Orlando City v Toronto FC
Nashville SC v San Jose Earthquakes: ‘A win would change everything’ - Godoy
Preview: Nashville v SJ Earthquakes
Liverpool agree compensation deal for Slot
Liverpool agree deal for Slot
QPR 4-0 Leeds United: Shock loss for Farke's men seals Leicester's promotion
Report: QPR 4-0 Leeds United
Real Sociedad 0-1 Real Madrid: Los Blancos edge closer to LaLiga title with win
Report: Real Sociedad 0-1 Madrid
Minnesota United v Sporting Kansas City: ‘It’s what I’ve waited for’ - Oluwaseyi
Preview: Minnesota v Sporting KC
‘We can’t control the Opta supercomputer’ – Eidevall says Arsenal’s destiny is in their own hands
Eidevall previews Everton clash
Brazil legend Marta to retire from international football
Brazil's all-time top scorer, Marta, is hanging up her boots at the end of the year.
IPL: Bairstow century gives Kings stunning win over KKR with record run chase
IPL: Bairstow century for Kings
Man City title hopes rocked by Shaw injury
Man City title hopes rocked