Kerajaan Negeri Selangor hari ini secara rasminya telah mengumumkan pelantikan Dato’ Mohd Yazid Sairi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Encik Venu Ramadass sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) bagi Sekretariat Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026.
Pelantikan ini adalah sebahagian daripada proses awal untuk memastikan penganjuran temasya SUKMA XXII Selangor 2026 dapat dilaksanakan dengan lancar dan berjaya. Dato’ Mohd Yazid Sairi memiliki ijazah sarjana pengurusan strategik dari Universiti Tun Abdul Razak dan kini berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.
Beliau memiliki pengalaman luas dalam bidang pentadbiran awam dan pernah berkhidmat sebagai timbalan pengarah di Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor, Pegawai Daerah Sepang dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang. Beliau turut berperanan sebagai Timbalan Ketua Kontinjen Negeri Selangor di Kejohanan SUKMA XXI Sarawak 2024.
Encik Venu Ramadass merupakan lulusan Universiti Malaya dalam bidang sains sukan serta memiliki ijazah sarjana pentadbiran perniagaan dari Glasgow Caledonian University di Scotland. Beliau berpengalaman luas dalam bidang penyiaran sukan dan merupakan mantan pengurus saluran Astro Arena.
Beliau juga memiliki pengalaman sebagai perunding penyiaran dan penerbitan yang terlibat secara langsung dalam penganjuran Sukan SEA di Kemboja pada 2023 dan sebagai urusetia penganjur Kejohanan Badminton Berpasukan Asia di Selangor pada 2022 dan 2024.
Susulan pelantikan ini, pihak sekretariat seterusnya akan menyelaraskan hal-hal khusus terkait persiapan penganjuran SUKMA XXII Selangor 2026 dengan melibatkan jabatan dan agensi kerajaan negeri termasuk pihak berkuasa tempatan negeri, pejabat-pejabat daerah serta anak-anak syarikat milik kerajaan negeri
Saufi Tahir
Wed Jan 08 2025
Kerajaan Selangor lantik Yazid Sairi, Venu Ramadass menuju Sukma 2026
Kerajaan Negeri Selangor hari ini secara rasminya telah mengumumkan pelantikan Dato’ Mohd Yazid Sairi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Encik Venu Ramadass sebagai Ketua Pegawai Operasi bagi Sekretariat Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026.
Sukma Selangor 2026: Litar Antarabangsa Sepang, Stadium Merdeka bakal jadi venue alternatif
Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 bakal menyaksikan tuan rumah bakal menggunakan kelebihan dan fasiliti yang ada dimiliki setiap daerah dalam negeri berkenaan.
SUKMA 2026: Perak perkuat barisan atlet wanita hadapi SUKMA Selangor
Menurut Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah, penekanan akan lebih menjurus kepada beberapa jenis sukan yang dilihat mampu menjelmakan pingat buat negeri itu.
Majlis Sukan Wilayah Persekutuan komited lahirkan bakat baru bermula daripada Sukma
Pengerusi Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP), Datuk Mohd Nasir Ali, bangga usaha mereka untuk melahirkan atlet berwibawa menampakkan hasil yang menyaksikan mereka muncul naib juara Sukan Malaysia (Sukma) di Sarawak, Ogos lalu.
Sukma: Insentif Wilayah Persekutuan bakar semangat Dhuha Zulfikry
Durian runtuh berjumlah RM6,000 menjadi milik perenang kebangsaan, Muhammad Dhuha Zulfikry, yang meraih enam pingat emas, dua perak serta memecahkan empat rekod Sukan Malaysia (Sukma), Ogos lalu.
RM2.2j habuan buat kontinjen Para Sukma Sarawak
Sejumlah RM2,256,900 diagihkan kepada atlet para negeri Sarawak yang berjaya meraih pingat dalam Sukan Malaysia (Sukma) Para Edisi Ke-21 dari 22 sehingga 28 September lalu.
MILO dukung inklusiviti sukan di setiap peringkat
MILO meneruskan peranannya sebagai Penaja Platinum untuk SUKMA XXI Sarawak 2024, sokongan MILO® terhadap Para SUKMA XXI Sarawak 2024 kekal membuktikan komitmen yang tidak berbelah bagi untuk memastikan sukan dapat diakses oleh semua rakyat Malaysia.
Para Sukma Sarawak: Atlet renang para menunjukkan perkembangan positif
Sebanyak 17 rekod kebangsaan berjaya diperbaharui oleh rata-rata muka baru selepas tamat saingan acara renang yang berlangsung di Pusat Akuatik Pandelela Rinong dalam Para Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024.
Berbasikal lebuh raya: YSD Track Series tiket laluan Khairunnisa Aleeya ke Sukan SEA
Pelumba berbasikal lebuh raya Johor yang juga pemenang pingat emas Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024, Khairunnisa Aleeya Saifulnizam, membawa misi besar dalam acara elit edurance menjelang YSD Track Series yang akan bermula Sabtu ini.
Para Sukma Sarawak: Skuad memanah Kuala Lumpur cekal lima kali pindah lokasi latihan
Kem para memanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dalam persiapan fasa akhir sebelum menggegar Para Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024 yang membuka tirainya empat hari lagi.
Amorim: Man Utd will learn more from Southampton than Liverpool or Arsenal
Amorim: Utd cannot counter forever
Australian Open: Gauff 'carries the weight of a champion', says Burrage
Gauff 'carries weight of champion'
Ancelotti's Supercopa frustrations linger ahead of Copa del Rey clash
Ancelotti's frustration lingers
Fernandes lauds Zirkzee's redemption arc following FA Cup heroics
Preview: Man Utd v Southampton
Australian Open: Zverev cruises into third round as Paul beats Nishikori
Zverev cruises into third round
Dyche backs Moyes to push Everton forward in second Goodison spell
Dyche: Moyes will push Everton
Borthwick: George disappointed to lose captaincy to Itoje for Six Nations
Itoje replaces George as captain
Australian Open: Ruud's major wait continues after Mensik defeat
Mensik beats Ruud in Melbourne
Daigneault lauds Wallace progress after returning to form in Sixers win
Daigneault lauds Wallace response
Klopp: I'll throw a party if Man City lose their Premier League titles
Klopp: Party if City lose titles