Di atas kertas, pasukan Korea Selatan sudah tentu dilihat sebagai calon juara kumpulan E kelayakan Piala Asia Bawah 20 (B-20) apabila skuad Taeguk Warriors itu akan turun berdepan pasukan negara bagi penentuan tempat pertama dan kedua.
Dengan rekod tanpa kalah dalam dua perlawanan akhir menentang Sri Lanka dan Mongolia, skuad Korea Selatan tampak tidak akan berdepan masalah untuk layak ke peringkat akhir Piala Asia B-20 dengan status sebagai juara kumpulan.
Bagaimanapun bagi pengendali skuad kebangsaan, Hassan Sazali Waras, beliau percaya pasukannya bakal melakukan kejutan pada perlawanan esok, memandangkan moral pasukan kini dalam keadaan baik selepas melakar kemenangan selesa ke atas Sri Lanka sebelum ini.
“Untuk perlawanan esok, sudah tentu kalau boleh kami mahu untuk mendapat tiga mata penuh menentang Korea Selatan walaupun misi tersebut saya akui agak sukar.
“Bagaimanapun ia bukanlah satu misi yang mustahil memandangkan moral pemain-pemain kini berada di tahap yang tinggi selepas menang ke atas Sri Lanka sebelum ini.
“Jadi saya harap pemain-pemain tidak terlalu memandang tinggi kepada Korea. Saya yakin kalau mereka mampu melakukannya tidak mustahil untuk mengutip tiga mata penuh,” katanya kepada Sukan Sinar pada Sabtu.
Untuk rekod, skuad Harimau Muda kini berada di kedudukan kedua kumpulan di belakang pendahulu kumpulan E, Korea Selatan dengan meraih empat mata hasil satu kemenangan dan seri sekali.
Berdasarkan format kelayakan, hanya juara daripada setiap 10 kumpulan akan layak secara automatik, manakala lima lagi slot diberikan kepada lima naib juara terbaik selain Uzbekistan yang layak selaku tuan rumah.
Dalam pada itu, Hassan ketika ditanya berkenaan kondisi pasukannya menjelang perlawanan akhir nanti, beliau berasa lega kerana tiada kecederaan serius dialami pemain-pemainnya.
Malah katanya, kesemua pemain yang dibawanya juga cergas untuk diturunkan dan berharap mereka sentiasa berada dalam keadaan bersedia sekiranya diperlukan pada aksi tersebut.
“Alhamdulillah, setakat ini semua pemain cergas untuk diturunkan kerana tiada yang mengalami kecederaan serius.
“Jadi saya harap kesemua mereka berada dalam keadaan sedia sekiranya diperlukan. Harapnya mereka mampu untuk bagi aksi yang terbaik pada perlawanan tersebut," katanya.
Kredit: Sinar Harian
Muhammad Zulkarnain Mohd Azman
Sat Sep 17 2022


Kelayakan Piala Asia B20: Atasi Korea bukan perkara mustahil
Di atas kertas, pasukan Korea Selatan sudah tentu dilihat sebagai calon juara kumpulan E kelayakan Piala Asia Bawah 20 (B-20) apabila skuad Taeguk Warriors itu akan turun berdepan pasukan negara bagi penentuan tempat pertama dan kedua.

Kelayakan Piala Asia B20: Malaysia peroleh kemenangan wajib ke atas Sri Lanka
Skuad B20 negara memastikan tiga mata berjaya diperoleh ketika bertemu Sri Lanka dalam aksi kelayakan Piala Asia 2023, di Mongolia sebentar tadi.

Piala Dunia T20: Sri Lanka mudah atasi Namibia
Sri Lanka mudah mengatasi Namibia dengan tujuh wicket dalam perlawanan pertama Piala Dunia Kriket T20di Emiriah Arab Bersatu (UAE) awal pagi tadi.

Juventus 1-0 Verona: Kean keeps Bianconeri rolling
Though far from their best, Juventus got the three points they needed against Verona to keep pace with their rivals.

Tuchel sees plenty of scope for improvement despite simple Klassiker win
Bayern Munich still have much work to do, says Thomas Tuchel, whose new side beat one of his former clubs in his first game in charge.

Premier League data dive: Arsenal follow Man City's mark in title race
The Premier League returned with a feast of goals on Saturday, with big wins for title rivals Manchester City and Arsenal.

Potter frustrated after 'second best' Chelsea fall to home defeat
Chelsea were made to pay for a profligate display as goals from Ollie Watkins and John McGinn condemned them to home defeat.

Midas Tuchel – Bayern's new boss has instant impact as Dortmund revert to type in Der Klassiker
The Thomas Tuchel era began in impressive fashion as Bayern Munich beat Borussia Dortmund 4-2 in Saturday's Klassiker.

Wood and Mayers heroics lead Super Giants to victory over Capitals
Mark Wood took 5-14 as Lucknow Super Giants defeated Delhi Capitals on Saturday, aided by a magnificent innings from Kyle Mayers.

Bayern Munich 4-2 Borussia Dortmund: Emphatic Klassiker victory sees Tuchel start in style
Bayern Munich's ninth consecutive home Bundesliga victory over Borussia Dortmund saw them leapfrog their rivals to the league's summit.

Chelsea 0-2 Aston Villa: Blues slip to first loss in five against stubborn visitors
Having gone undefeated over their past four games in all competitions, Chelsea failed to make it five with a loss to Aston Villa.

Inter 0-1 Fiorentina: Bonaventura inflicts third defeat in a row on Nerazzurri
Fiorentina maintained their fine run and push for European football by inflicting a third league defeat in a row on Inter.

Hodgson celebrates dream Crystal Palace return with 28-plus shot superiority over Leicester
With 28 more shots than opponents Leicester City, Crystal Palace produced a dominant display under returning boss Roy Hodgson.