Kelab bola sepak Selangor terharu dengan sokongan melalui sumbangan Tabung Solidariti kelab itu yang bukan hanya diterima daripada rakyat Selangor malah seluruh rakyat Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon berkata, sokongan seluruh rakyat Malaysia itu membuktikan bahawa bola sepak bersifat menyatupadukan dan sukan kegemaran negara itu sememangnya milik rakyat.
"Kita di pihak Selangor FC amat berbesar hati dan sangat terharu dengan sokongan yang ditunjukkan oleh seluruh rakyat Malaysia pada hari (Liga Bola Sepak Malaysia) MFL mengumumkan keputusan mereka.
"Apa yang kita lihat ini hanya membuktikan bola sepak itu memang milik rakyat," katanya.
Tabung Solidariti Bersama Selangor FC itu yang dibuka bermula 26 Jun lalu berjaya mengumpul sebanyak RM76,490.06 dan telah diserahkan kepada pasukan itu oleh Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari semalam.
Sebelum ini, MFL telah menjatuhkan empat hukuman iaitu denda RM100,000, pemotongan tiga mata dalam saingan Liga Super 2024/2025, perlu membayar pampasan kerugian ditanggung JDT selaku pasukan tuan rumah perlawanan pembukaan musim itu dan MFL dengan jumlahnya akan dimaklumkan kemudian.
Selain itu, perlawanan Liga Super minggu ke-14 antara Selangor dan JDT di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), akan dimainkan tanpa penonton.
Namun, hukuman tersebut dikurangkan dengan denda diturunkan kepada RM60,000 selain bermain dalam stadium kosong dan penolakan tiga mata dibatalkan selepas titah murka Sultan Selangor yang juga penaung Selangor FC Sultan Sharafuddin Idris Shah yang murka dengan keputusan tidak berperikemanusian MFL itu.
Dalam pada itu, Johan turut menyifatkan rakyat melalui sumbangan tabung itu seolah-olah menyuarakan pendapat dan perasaan mereka apabila merasakan ada yang tidak betul dalam bola sepak negara.
"Apa yang rakyat rasa tidak betul mereka akan menyuarakan pendapat dan perasaan mereka. Mereka sentiasa lakukan yang terbaik untuk membetulkan apa yang mereka rasa tak betul.
"Pada akhirnya ia membuktikan kuasa rakyat dalam bola sepak," katanya.
Kredit: Sinar Harian
Stadium Astro
Fri Jul 05 2024
Liga Super: 500 anggota polis kawal keselamatan aksi Perak-JDT malam ini
Polis membuat persiapan rapi dengan menempatkan 500 pegawai dan anggota bagi mengawal keselamatan pada perlawanan ulangan Liga Super Malaysia antara Perak dan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Perak, malam ini.
Liga Super: Terengganu label penyudah aspek paling kritikal
Bahagian serangan menjadi kelemahan paling kritikal yang perlu diatasi segera oleh Terengganu.
Info Siaran Langsung Liga Super: Jadual Perlawanan Tertangguh
Jadual perlawanan Liga Super minggu tertunda akan bermula esok.
Liga Super: Sentuhan pemusnah awal Ronnie Fernandez modal kemenangan Selangor
Jaringan Ronnie Fernandez ketika permainan belum mencecah 30 saat sudah cukup menghukum Terengganu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Kesebelasan Utama Liga Super: Terengganu mahu ubati kekecewaan lalu, Selangor ingin beri tekanan
Terengganu merehatkan Ismaheel Akinade yang digantikan oleh Nelson Bonilla bagi mengemudi serangan untuk menewaskan naib juara Liga Super 2023, Selangor, di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam ini.
Liga Super: Perlukan masa, yakin pusingan kedua mampu beri cabaran -- Aidil Sharin
Naib juara Piala Cabaran 2023, Kuching City, memperaga perlawanan bertenaga ketika menentang juara 10 kali berturut-turut Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT), di Stadium Sultan Ibrahim, semalam.
Liga Super: Kurang tempoh berehat berikan cabaran buat kami -- Ryan Lambert
Menjelang pertemuan menentang Penang, pemain tengah Kuala Lumpur City, Ryan Lambert, mengakui kepenatan ekoran kempen Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee bertemu Borneo FC Samarinda, selalu lalu.
Liga Super: Bidoglio akui bukan aksi terbaik JDT
Pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Hector Bidoglio mengakui kurang berpuas hati dengan prestasi dipamerkan pendahulu liga itu ketika menewaskan Kuching City dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim pada Jumaat.
Liga Super: Negeri Sembilan teruskan badi kekalahan di laman sendiri
Negeri Sembilan tewas kepada Kelantan Darul Naim (KDN) 3-2 di laman sendiri dalam saingan Liga Super 2024/2025 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, sebentar tadi.
Ultimate Liga Super Fantasy: Rancang kesebelasan terbaik anda menjelang minggu ke-12 Liga Super
Ultimate Liga Super Fantasy minggu ke-11 menyaksikan MKanwar berjaya meraih mata tertinggi iaitu sebanyak 437 mata dan menduduki tempat pertama carta.
Sinner reaches 250 career wins after seeing off Daniel in Shanghai opener
Sinner reaches 250 career wins
Alcaraz beats home favourite Shang in Shanghai opener
Carlos Alcaraz advanced to the second round of the Shanghai Open by beating Shang Juncheng 6-2 6-2 in 77 minutes.
Eidevall slams 'amateurish' WSL after Arsenal fixture congestion
Arsenal will play three times in the space of six days, and Jonas Eidevall is not impressed by the Women's Super League.
Premier League rejects Man City request to delay 2025-26 season start
Pep Guardiola has hit out at the Premier League for refusing to push back the start of next season due to the Club World Cup.
Suarez: Bielsa has 'divided' Uruguay national team with tactics and approach
Uruguay finished third at the Copa America in July, but Luis Suarez revealed it is no longer a happy La Celeste camp under Marcelo Bielsa.
Columbus Crew v Philadelphia Union: Curtin still looking to improve road record
Preview: Columbus v Philadelphia
St. Louis City v Houston Dynamo: Hosts are better than recent showings suggest, says Hackworth
Preview: St. Louis v Houston
Rudiger lauds 'ridiculous' Yamal after sensational LaLiga start
Rudiger lauds 'ridiculous' Yamal
Conte embracing Napoli improvements after Como triumph
Conte embracing Napoli improvements
Sunderland 2-2 Leeds: Meslier howler gifts Black Cats a point
Report: Sunderland 2-2 Leeds