Negeri Sembilan tewas kepada Kelantan Darul Naim (KDN) 3-2 di laman sendiri dalam saingan Liga Super 2024/2025 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, sebentar tadi.

Rembatan daripada luar kotak penalti Hakimi Abdulllah berjaya meledak gol pertama buat KDN pada minit ke-14 sekali gus menjadi gol pertamanya sejak dipinjamkan daripada Terengganu awal September lalu.




KDN terus mengganas apabila berjaya memanipulasi situasi kucar-kacir tuan rumah menerusi jaringan Kim Ri-gwan biarpun terpaksa menanti beberapa minit sebelum keputusan VAR memihak mereka untuk mendahului 2-0 dalam separuh masa pertama.

Kem tuan rumah berusaha merapatkan jurang keputusan namun setiap percubaan mereka gagal menembusi keampuhan gawang lawan sehingga minit akhir permainan di mana mereka dihadiahkan sepakan penalti yang tenang disempurnakan Jacque Faye pada minit ke-84.





Sebastian Avanzini muncul wira Negeri Sembilan untuk memastikan kedudukan terikat dua sama hasil jaringan pada minit ke-89.

Namun KDN terus agresif menutup kebangkitan Negeri Sembilan untuk tewas 3-2 di laman sendiri dengan jaringan dramatik Oday Ali Kharoub pada minit ke-94.