Paul George bertanggungjawab di atas kekalahan Los Angeles Clippers kepada Dallas Mavericks, sebentar tadi.

The Clippers diaibkan oleh skuad bimbingan Luka Doncic itu, tewas 124-73 ketika ketiadaan bintang, Kawhi Leonard.

Dallas mempamerkan separuh masa pertama dengan cemerlang apabila mendahului 77-27 -- Kelebihan 50 mata Mavericks merupakan jurang terbesar sepanjang dua suku pertama sejak saingan diperkenalkan pada 1954-55.

George merekodkan 15 mata, sementara gagal menyempurnakan lontaran tiga mata dalam enam percubaan.

"Ia bukan masalah besar," kata George. "Kami telah ditewaskan teruk hari ini, tetapi ia hanya satu hari sahaja.

"Kami tidak bersedia, kurang melakukan persiapan. Ia adalah kesilapan saya. Jadi kami akan bersedia untuk perlawanan berikutnya."


"Saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya. Ia adalah perlawanan yang sukar selepas Hari Krismas. Saya menikmati sambutan Hari Krismas semalam. Hari ini segalanya berlaku terlalu pantas."