Raja pecut negara, Azeem Fahmi, memecahkan rekod kejohanan saingan SAECA-BJSS 2023 bagi acara 200 meter dalam saingan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.

Atlet yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu kembali ke tanah air menyertai kejohanan penutup bagi tahun 2023 di Bukit Jalil.

Turun beraksi dalam acara 200m, Azeem melakukan catatan 21.99 saat, meninggalkan pencabar terdekat, Ryan Wong Zhen Nam di tempat kedua (22.24s) sementara Jamie El-Redha Ang Norhisham (22.32s).


Catatan Azeem dalam perlumbaan kali ini sekaligus memadam rekod kejohanan yang dilakar oleh Syarul Adli 22.17s sebelum ini.y