Shaiful Shamsudin
Sat Aug 29 2020
Rory McIlroy mencatat 1 di bawah par 69 untuk mengungguli separuh akhir Kejohanan Golf BMW, pagi tadi.
Dalam misi memburu kejuaraan sulungnya tahun ini, pemain Ireland Utara itu muncul pendahulu dalam aksi sukar di Olympia Fields Country Club berkenaan.
McIlroy di tempat ketiga dalam pusingan kedua play-off Piala FedEx itu tetapi agak goyah di penghujung lima lubang terakhirnya apabila kerugian dua pukulan.
Juara 2012 itu kemudian berkongsi kelebihan satu pukulan sebagai pendahulu di samping pemain Amerika Syarikat (AS), Patrick Cantlay (68) -- dua pemain tunggal dengan catatan di bawah par.
Pemimpin pusingan terdahulu,, Hideki Matsuyama (73) dan pemain nombor satu dunia, Dustin Johnson (69), pula terikat di tangga ketiga sementara juara dua kali, Johnson, melakukan birdie berturut-turut untuk menyempurnakan pusingan hari ini.
Dalam masa sama, Adam Scott (69), Brendon Todd (68), Louis Oosthuizen (69), Tony Finau (71) dan Billy Horschel (71) masing-masing terikat di tempat kelima menuju satu lagi baki pusingan.
Mackenzie Hughes (73), Kevin Kisner (70) dan Bubba Watson (70) juga tetap mengintai peluang apabila dibezakan dengan satu pukulan.
Juara bertahan, Justin Thomas, semakin tercicir selepas merakam empat di atas par 74 untuk tujuh pukulan terlebih.
Walaupun tiada pemain yang akan digugurkan bagi 36 lubang terakhir, Tiger Woods dan Jason Day berdepan di situasi bahaya terlepas Kejohanan Jelajah.
Woods mencatat 75 untuk terlebih lapan pukulan, iaitu dua pukulan lebih baik daripada Day (74).
Dengan 30 pemain teratas akan layak ke Kejohanan Jelajah, Woods kini di tangga ke-63 Piala FedEx, sementara Day ke-58.
McIlroy kembali bergelar pemain nombor satu dunia
Rory McIlroy kembali dinobat pemain nombor satu dunia selepas melakar kemenangan pertama buat musim baru dan gelaran Jelajah PGA yang ke-23 dala kariernya, memenangi Piala CJ dengan 17 di bawah par.
Golf Terbuka AS: McIlroy lega temui rentak di lapan lubang terakhir
Rory McIlroy berpuas hati dengan prestasinya melewati dua pusingan awal Kejohanan Golf Terbuka Amerika Syarikat (AS) di The Country Club apabila mengekori rapat saingan dengan satu pukulan bagi meneruskan rentaknya dengan catatan satu di bawah par 69.
Golf: McIlroy tolak tawaran lumayan Siri Jemputan Golf LIV
Rory McIlroy mengulangi pendirian bahawa dia tidak berminat untuk menyertai Siri Jemputan Golf LIV yang disokong Arab kerana percaya ia semata-mata berdasarkan wang dan "biasanya ia tidak berakhir dengan manis".
Kejuaraan PGA US: McIlroy pasang hajat muncul juara
Bersemangat di sebalik kembalinya penonton, Rory McIlroy yakin dia mampu mengakhiri kemarau kejuaraan utama dalam saingan Kejuaraan PGA US minggu ini.
Terbuka Wells Fargo: Rory McIlroy muncul juara
Rory McIlroy menamatkan penantian hampir dua tahun untuk memenangi gelaran apabila menjulang Kejuaraan Wells Fargo buat kali ketiga.
Kejohanan Golf BMW: McIlroy teraju, peluang Woods semakin kelam
Rory McIlroy mencatat 1 di bawah par 69 untuk mengungguli separuh akhir Kejohanan Golf BMW, pagi tadi.
Golf PGA AS: McIlroy anggap prestasi tidak terlalu buruk
Rory McIlroy berasakan catatan par 70 dalam pusingan pertama Kejohanan PGA Amerika Syarikat (AS) bukanlah terlalu buruk selepas bergelut di San Francisco.
Bukan Piala Ryder jika tiada peminat -- McIlroy mahu penangguhan
Rory McIlroy lebih suka jika Piala Ryder ditangguhkan sehingga 2021 berbanding beraksi tanpa penyokong ekoran wabak coronavirus.
Terbuka British: Spieth julang trofi Claret Jug
Jordan Spieth dari Amerika Syarikat bangkit pada lima lubang terakhir di hari terakhir Kejohanan Golf Terbuka British sekaligus meraih kejuaraan utama yang ketiganya.
Terbuka Amerika Syarikat: McIlroy, Day bakal tersingkir
Rory McIlroy dan Jason Day dilihat bakal terpaksa melupakan saingan kejohanan golf Terbuka Amerika Syarikat 2017 selepas menamatkan pusingan kedua pada 5 dan 10 di bawah par, semalam.
'Right guy at the right time' - Amorim confident of changing Man Utd's fortunes
Amorim confident of making impact
'It's a shame' - Alonso confirms Leverkusen's Boniface out with thigh injury
Boniface out with thigh injury
Girona handed huge injury boosts ahead of Espanyol clash
Girona handed injury boosts
Flick: Barcelona need to learn how to win without Yamal
Flick: Barca do not have Yamal
'If we get relegated, I will be here', says Guardiola amid Man City charges
Guardiola make Man City promise
Simeone grateful to hit landmark 700th game with Atletico
Simeone grateful to reach 700 games
Holders Spain drawn against the Netherlands in Nations League quarters
Spain drawn against the Netherlands
Pareja sees no limit to what Orlando can achieve in playoffs
Preview: Orlando v Atlanta
Slot: Guardiola contract is 'good news' for Premier League
Slot: Pep contract is good news
Archer back in IPL auction despite being left off the shortlist
Archer back in IPL auction