Presiden kelab penyokong Hijau Kuning, Saiful Azrul Che Lah, berpuas hati dengan komitmen pasukan Kedah Darul Aman (KDA), untuk menyelesaikan isu tunggakan gaji demi kelangsungann pemain dan pasukan dalam kancah liga tempatan.

Dia berpandangan bahawa ada cara yang lebih baik untuk menangani masalah itu dengan menegaskan penyokong sedia membantu.

"Soal penyokong ingin membantu atau tidak tak perlu dibangkitkan. Ini kerana penyokong akan sentiasa membantu pasukan kesayangan apabila diperlukan," katanya.

Pemilik majoriti KDA, Tan Sri Mohd Daud Bakar, menjelaskan dalam satu sidang media pada selasa lalu, memohon penyokong untuk bersama-sama membantu melengkapkan jumlah kewangan yang diperlukan.

Antara skim-skim yang ditawarkan ialah penjualan pas bermusim, kad keahlian, jersi pra-musim dan beberapa produk lain bagi memastikan pengumpulan dana bergerak pantas sebelum tarikh akhir pada 20 April ini.