“Kakak ipar” yang dimaksudkan belum lah sah menjadi kakak ipar pemenang Album of The Year Grammy 2024 itu, tetapi dia ialah isteri kepada Jason Kelce, abang kepada Travis Kelce!

Travis baru-baru ini berjaya mempertahankan kejuaraan pasukannya, Kansas City Chiefs, dalam aksi final NFL Super Bowl berdepan San Francisco 49ers.

Abangnya, Jason, pula merupakan bintang satu lagi kelab NFL, iaitu Philadelphia Eagles. Isterinya Kylie Kelce adalah die hard fan yang betul-betul setia kepada pasukan tempat kelahirannya, Eagles.
Sebelum berkenalan dengan Jason pun Kylie pernah menyatakan tahap kesetiaannya terhadap Eagles takkan pernah tergugat, dan dia tak akan pernah sarung jersi pasukan lain!

Janji itu benar-benar ditepati, kerana dalam final Super Bowl, Kylie menunjukkan sokongannya terhadap Travis dengan memakai baju merah iaitu warna Kansas City Chiefs! No jersey, no problem. Tindakan yang bijak daripada Kylie. ;)