15 Februari 2024, Kansas City Union Station, ribuan penyokong setia Kansas City Chiefs berpusu-pusu meraikan kejayaan skuad kebanggaan mereka menjulang kejuaraan Super Bowl. Ada yang hadir dari New Hampshire, California, New York, Lousiana -– pendek kata seluruh pelosok Amerika Syarikat berkumpul dalam memeriahkan majlis penghormatan buat pasukan Chiefs.

Semua tampak indah dengan senyuman penuh bangga terukir manis di wajah setiap individu yang hadir.

Namun, beberapa saat selepas majlis bersurai, bunyi yang cukup kuat mencipta gerun buat semua yang ada di tempat perhimpunan itu.

BANG! BANG! BANG! Tembakan bertali arus menerjah ke arah orang awam yang bertempiaran untuk cuba menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa. Ada yang sempat bersembunyi dan ada yang akur rebah terkena tembakan.



Seperti dilaporkan di dada-dada media antarabangsa, seorang mangsa disahkan meninggal dunia sementara 22 lagi cedera dengan lapan daripada mereka merupakan kanak-kanak.

Pihak FBI dan penguasa tempatan Kansas masih lagi membuat siasatan terperinci selepas tiga suspek terlibat dalam insiden tembakan rambang itu sudahpun ditangkap pihak berkuasa.

Say no to violence guys dan Free Palestine!