Shaiful Shamsudin
Fri Jan 06 2023
Luis Suarez bersedia untuk apa yang dia rasa boleh menjadi cabaran terbesar dalam kariernya sebaik menyertai Gremio.
Suarez merupakan ejen bebas sebaik meninggalkan Nacional menjelang Piala Dunia di Qatar, di mana dia memulakan dua daripada tiga perlawanan Uruguay ketika mereka terkandas di peringkat kumpulan.
Bekas penggempur Liverpool, Barcelona dan Atletico Madrid itu menandatangani kontrak selama dua tahun bersama Gremio -- yang memenangi promosi kembali ke liga utama Brazil selepas semusim dalam Serie B -- pada Malam Tahun Baru.
Ditanya sama ada menyertai Gremio mewakili cabaran terbesarnya, Suarez memberitahu saluran media kelab itu: "Boleh jadi, tetapi saya juga boleh membandingkannya ketika tempoh saya di Atletico Madrid.
“Saya memenangi liga bersama Atletico tatkala Real Madrid dan Barcelona mendominasi bola sepak di Sepanyol.
“Kali ini mungkin lebih sukar tetapi saya yakin kami mempunyai pasukan yang luar biasa dan jurulatih yang melakukan sesuatu dengan baik selain mempunyai pengaruh yang besar.
"Saya sentiasa gemarkan cabaran. Datang ke kelab ini yang mempunyai begitu banyak sejarah, kelab hebat di Brazil, ia akan sentiasa memberikan anda harapan.
“Untuk sebuah pasukan yang datang daripada Serie B dan ingin bertarung dengan yang terbaik dalam bola sepak Brazil adalah satu cabaran yang sangat bagus dalam usaha Gremio kembali ke tempat yang sepatutnya iaitu Copa Libertadores, untuk berjuang di kancah itu dan membentuk pasukan yang bagus."
Copa America: Luis Suarez buktikan sukar buang tabiat lama
Luis Suarez mencetuskan adegan pelik selepas separuh akhir Copa America antara Uruguay dan Colombia, selepas bertengkar secara fizikal dengan pemain Colombia, Miguel Borja.
Hari ini 12 tahun yang lalu Luis Suarez gigit Ivanovic
Hari ini pada tahun 2013 bekas penyerang Liverpool, Luis Suarez, menerima kritikan yang teruk selepas menggigit lengan Branislav Ivanovic ketika pasukannya seri 2-2 dengan Chelsea.
Luis Suarez setuju sertai Messi di Inter Miami
Inter Miami menandatangani bekas penyerang Liverpool dan Barcelona, Luis Suarez, daripada kelab Brazil, Gremio untuk bagi mengharungi kempen Liga Bolasepak Utama (MLS) 2024.
Luis Suarez mampu menyinar di MLS
Prestasi Luis Suarez bersama Gremio membuktikan dia tidak akan berdepan kesukaran menyesuaikan diri dengan Major League Soccer jika menyertai Inter Miami, kata bekas pertahanan Los Angeles FC, Giorgio Chiellini.
Chiellini yakin Luis Suarez mampu gegar MLS
Prestasi Luis Suarez bersama Gremio membuktikan dia bakal menghadapi sedikit masalah untuk menyesuaikan diri dengan kancah Major League Soccer (MLS) sekiranya dia menyertai Inter Miami, kata bekas pertahanan Los Angeles FC, Giorgio Chiellini.
Julang Gremio cabaran terbesar dalam karier Luis Suarez
Luis Suarez bersedia untuk apa yang dia rasa boleh menjadi cabaran terbesar dalam kariernya sebaik menyertai Gremio.
Piala Dunia Qatar: Luis Suarez julang Lionel Messi sebagai pemain terbaik dunia
Luis Suarez mengangkat Lionel Messi sebagai pemain terbaik di dunia selepas bekas rakan sepasukannya di Barcelona itu membantu Argentina layak ke final Piala Dunia 2022.
Piala Dunia Qatar: Suarez, Cavani hadirkan pengalaman buat skuad Uruguay
Penyerang veteran, Luis Suarez dan Edinson Cavani terpilih untuk beraksi di Piala Dunia buat kali keempat bertur-turut, menjadi tajuk utama ketika penamaan skuad Uruguay semalam.
Luis Suarez ingin kembali ke Eropah
Kepulangan Luis Suarez bersama kelab zaman remaja, Nacional, buat kali kedua dalam kariernya tidak akan bertahan lama memandangkan penyerang itu masih berhasrat kekal di Eropah.
Suarez beri saranan buat Nunez selepas insiden kad merah
Penyerang baru Liverpool, Darwin Nunez, perlu mengawal sikap panas barannya selepas dilayangkan kad merah sewaktu bertemu Crystal Palace, kata seorang lagi penyerang Uruguay dan bekas pemain The Reds, Luis Suarez.
Vinicius handed two-match suspension, cleared to play in Supercopa
Madrid's Vinicius gets two-game ban
Arteta insists wasteful Arsenal were the better team against Newcastle
Arteta: Arsenal were better team
Isak is 'the best in Europe', declares Gordon after EFL Cup win
Isak is 'best in Europe'
Ben Stokes dubs himself 'Bionic Man' after hamstring surgery
Ben Stokes dubs himself Bionic Man
Arsenal 0-2 Newcastle United: Isak and Gordon put Howe's men on brink of final
Report: Arsenal 0-2 Newcastle
Postecoglou does not welcome VAR trial in EFL Cup semi-finals
Ange not happy about VAR trial
Raphinha: Olmo saga could put players off joining Barcelona
Olmo saga could deter Barca targets
Scholes: INEOS have done nothing positive for Man Utd
Scholes takes aim at INEOS
Kyrgios surprise inclusion in Australia Davis Cup team
Kyrgios named for Davis Cup
Pelicans’ Williamson set to return to lineup
Pelicans’ Williamson set to return