Muzaffar Musa
Sat Aug 20 2022
Penyerang baru Liverpool, Darwin Nunez, perlu mengawal sikap panas barannya selepas dilayangkan kad merah sewaktu bertemu Crystal Palace, kata seorang lagi penyerang Uruguay dan bekas pemain The Reds, Luis Suarez.
Nunez diarahkan keluar padang dalam aksi pertamanya di laman sendiri buat pasukan Jurgen Klopp berkenaan selepas bertindak menanduk pertahanan Palace, Joachim Andersen, sewaktu kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi Selasa lalu.
Ia merupakan kad merah pertama Liverpool disebabkan keganasan sepanjang berada di bawah bimbingan pengendali Jerman berkenaan dan ia bagaikan jelmaan semula Suarez yang berdepan masalah sama biarpun beraksi hebat di Anfield dari 2011 hingga 2014.
Penyerang veteran itu, yang kini kembali ke Uruguay untuk bersama Nacional selepas dua musim mewakili Atletico Madrid, memberikan beberapa saranan buat Nunez tentang bagaimana untuk menghadapi masa depannya dan belajar daripada kesilapan, di mana Suarez turut menggambarkan dirinya sebagai seorang yang "bodoh" sewaktu di England.
"Dengan apa yang berlaku kepadanya beberapa hari lalu, saya ada bercakap dengannya kerana dia baru mahu bermula dan mahu menyedarkannya bahawa mulai sekarang, pemain lawan akan mencarinya dua atau tiga kali lebih kerap," katanya kepada Telemundo.
"Lebih-lebih lagi di England, dia sedang mendengar perkara ini daripada orang bodoh yang melakukan kesilapan dan menderia akibat daripadanya tetapi rebah dan bangkit semula menjadikan saya lebih kuat.
"Jadi, jangan beri mereka peluang itu lagi atau ia akan menjadi lebih buruk," katanya.
JDT bina hubungan erat bersama Paris Saint-Germain, jalin kerjasama skala besar
Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mengatur pertemuan bersama delegasi gergasi kelab bola sepak dunia, Paris Saint-Germain (PSG), bagi tujuan menjalinkan hubungan dan membentuk satu perjanjian di antara kedua-dua pasukan tersebut.
AFC umum tarikh saingan Piala Asia Arab Saudi 2027
Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah mengesahkan tarikh bagi Kejohanan Piala Asia Arab Saudi 2027.
Luka Modric permata bola sepak -- Carlo Ancelotti
Pengendali Real Madrid, Carlo Ancelotti, memuji Luka Modric sebagai 'permata dalam sukan bola sepak' selepas pemain tengan veteran itu mempamerkan aksi cemerlang ketika membantu pasukannya melakar kemenangan mengatasi Deportiva Minera 5-0 dalam saingan Copa del Rey, awal pagi tadi.
Pernah tewas kepada JDT, empayar kelab paling berjaya China ini telah ‘mati’
Gergasi bola sepak China, Guangzhou, berkemungkinan menghadapi kepupusan kelab susulan gagal mendapatkan lesen bertanding dalam saingan liga divisyen kedua, sekali gus mengakhiri sejarah yang tercipta.
AC Milan benam Inter untuk julang Piala Super Itali
Jaringan minit akhir Tammy Abraham melengkapkan kebangkitan AC Milan menewaskan Inter Milan 3-2 untuk muncul juara Piala Super Itali di Stadium Universiti King Saud, Riyadh, awal pagi tadi.
Amorim mahu Joshua Zirkzee terus kekal bersama Manchester United
Pengendali Manchester United, Ruben Amorim, komited untuk mengekalkan Joshua Zirkzee bersama pasukan walaupun pemain itu disunting beberapa kelab termasuk Juventus.
EPL: Manchester United seperti 'tidak dihormati' -- Kapten Liverpool
Kapten Liverpool, Virgil Van Dijk, beranggapan Manchester United seperti 'tidak dihormati' selepas pasukan itu melakar keputusan seri 2-2 berdepan pasukannya dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Anfield, semalam.
Piala Shopee: Terengganu buru mata penuh bertemu Shan United
Menjelang saingan Piala Shopee menentang Shan United, ketua jurulatih Terengganu, Badrul Afzan Razali, tidak memandang rendah tuan rumah yang ketika ini berada di tangga tercorot Kumpulan A dengan dua kekalahan.
KAFA hantar rayuan kepada PJS, mohon teliti proses kongres
Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) mengambil langkah profesional apabila menghantar surat kepada Pesuruhjaya Sukan (PJS) susulan Jawatankuasa Pertikaian Dalaman Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memutuskan kongres KAFA kali ke-65 adalah tidak sah.
'Here we go'! Kluivert bakal sertai Indonesia
'Here we go', ejen perpindahan terkenal, Fabrizio Romano, mengesahkan legenda Belanda, Patrick Kluivert, dijangka bakal menyertai Indonesia dalam masa terdekat.
Vinicius handed two-match suspension, cleared to play in Supercopa
Madrid's Vinicius gets two-game ban
Arteta insists wasteful Arsenal were the better team against Newcastle
Arteta: Arsenal were better team
Isak is 'the best in Europe', declares Gordon after EFL Cup win
Isak is 'best in Europe'
Ben Stokes dubs himself 'Bionic Man' after hamstring surgery
Ben Stokes dubs himself Bionic Man
Arsenal 0-2 Newcastle United: Isak and Gordon put Howe's men on brink of final
Report: Arsenal 0-2 Newcastle
Postecoglou does not welcome VAR trial in EFL Cup semi-finals
Ange not happy about VAR trial
Raphinha: Olmo saga could put players off joining Barcelona
Olmo saga could deter Barca targets
Scholes: INEOS have done nothing positive for Man Utd
Scholes takes aim at INEOS
Kyrgios surprise inclusion in Australia Davis Cup team
Kyrgios named for Davis Cup
Pelicans’ Williamson set to return to lineup
Pelicans’ Williamson set to return