Selepas mengharungi lima perlawanan Liga Super dan mara separuh akhir Piala FA 2024/2025, Kedah Darul Aman (KDA) FC menjadi kelab terakhir melancarkan jersi rasmi musim ini.
Kit jersi tersebut dilancarkan di semua platform media digital KDA FC pada malam tadi dan mendapat reaksi positif daripada penyokong setia mereka setelah menunggu sekian lama.
Pemilik saham majoritinya, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar, berkata setelah lama menunggu dan berjuang dengan air mata dan jerih lelah, jersi pertama dan kedua Sang Kenari akhirnya siap.
Menurutnya, pengurusan KDA FC menghargai kesabaran semua pihak terutamanya pemain dan pasukan kejurulatihan.
"Kami mengharapkan jersi musim ini cantik, elegan dan memberi rasa kecintaan dan kebanggaan kepada pasukan kita terutama kepada negeri kesayangan kita, Kedah Darul Aman.
"Kita masih merangkak sedangkan pasukan lain sudah berlari. Ayuh, jangan pandang ke belakang. Langkah kaki ke hadapan untuk membina kejayaan dan ketinggian dalam serba kekurangan," katanya dalam satu kenyataan pada malam Khamis.
Jelasnya, sokongan, galakan dan doa semua penyokong Sang Kenari sepanjang masa adalah sumber inspirasi kelab tersebut.
Menurutnya, Sang Kenari akan terus berusaha walaupun patah sayap bertongkat paruh untuk menarik penaja bagi memastikan kestabilan kewangan kelab.
"Kami amat gembira dapat mempersembahkan kepada anda jersi baru kita yang mungkin tak seberapanya ini.
"Sarunglah jersi ini dengan perasaan halus dan telus sebagai anak Kedah yang sayangkan segala-galanya tentang Kedah Darul Aman," ujarnya lagi.
Jersi 'home' KDA FC yang baru dilancarkan menampilkan warna hijau dan kuning manakala jersi 'away' pula berwarna hijau yang disulami sedikit warna merah.
Bagi jersi penjaga gol pula menampilkan tiga warna iaitu ungu, biru dan hitam.
Dalam pada itu, satu sidang media juga akan diadakan untuk mengumumkan penaja, rakan rasmi, rakan strategik dan rakan perniagaan musim 2024/2025 di Stadium Darul Aman, petang ini.
Kredit: Sinar Harian
Stadium Astro
Fri Jul 26 2024
Nadi Bola Latihan Pasukan: Peluang Perak pintas Terengganu
Perak mencari kemenangan ketiga-tiga berturut-turut ketika menyambut kunjungan Sabah di Manjung, Sabtu ini.
Isu gaji: Selama ini pemain risau nama mereka akan tercemar, kata Azlan Johar
Awas! Kes tangkapan bekas pemilik Kuantan FA dan Marcerra United berikutan isu tunggakan gaji tampak mengundang bahaya kepada beberapa bekas pemilik kelab yang sudah menghilangkan diri.
Rayuan seiring tindakan -- CEO KL City
Rayuan dan pelan tindakan berjalan seiring.
Liga Super: Ifedayo Olusegun tekad robek gawang Selangor
Penyerang import PDRM, Ifedayo Olusegun, menjangkakan perlawanan sukar menanti pasukannya menjelang saingan Liga Super Minggu Ke-13 bertemu Selangor, Sabtu ini.
Liga A1 Semi-Pro: K. Gurusamy yakin Bunga Raya Damansara miliki barisan berbakat
Bekas pemain tengah Harimau Malaya K. Gurusamy, bertekad melakukan kemunculan semula dalam kancah Liga Super.
Bekas pemain Atletico Madrid lawat SSI, tinjau sesi latihan JDT
Bekas tonggak di bahagian pertahanan Atletico Madrid dan Sepanyol, Juanfran, muncul di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).
PFAM: Amaran kepada pemilik kelab Liga-M
"Ini satu amaran."
Liga Super: Stanley Bernard kekal dalam percaturan KL City
Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Syed Yazid Syed Omar, menyatakan pihak pengurusan baru masih percaya dengan kemampuan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kuala Lumpur City, Stanley Bernard.
Pemilik kelab Marcerra United ditahan ingkar bayar gaji RM1.4j
Arena bola sepak negara hari ini gempar apabila seorang bekas pemilik kelab bola sepak digari dan dipenjara, secara tidak langsung menjadikan ini kali pertama satu perintah tangkapan dikeluarkan mahkamah bagi kes tunggakan gaji kelab bola sepak.
Pemain KL City tagih hukuman enam mata dinilai semula
Padang menjadi medan buat barisan Kuala Lumpur City melepaskan tekanan di sebalik isu gaji yang melanda pasukan itu.
D.C. United v Charlotte FC: Lesesne says hosts' confidence is sky high
Preview: D.C. United v Charlotte FC
Alcaraz beats Nadal in emotional 6 Kings Slam semi-final
Alcaraz beats Nadal in Saudi Arabia
Bompastor's 100% start continues as Chelsea overcome Twente
Chelsea stay perfect versus Twente
Man Utd confirm Mainoo out for 'a few weeks' with muscle injury
Man Utd midfielder Mainoo sidelined
Messi has 'more years to play', but unwilling to make World Cup commitment
Messi has 'more years' to play
Sinner repeats Djokovic success to reach 6 Kings Slam final
Sinner overcomes Djokovic again
Clippers star forward Leonard sidelined indefinitely
Clippers F Leonard out indefinitely
Philadelphia Union v FC Cincinnati: Curtin admits hosts' playoff chances are slim
Preview: Philadelphia v Cincinnati
Women's Super League predictions: Man Utd and Chelsea to stay perfect, winning start for Slegers?
WSL Predictions MD5
South Africa stun Australia to reach T20 World Cup final
Anneke Bosch smashed an unbeaten 74, the best score of the tournament, to guide South Africa to the final of the Women's T20 World Cup.