Wakil tunggal Asia Tenggara, Indonesia akan turun membawa cabaran di laman sendiri apabila dijadualkan menentang Australia dalam perlawanan kedua kumpulan C pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026, malam esok.

Dua cerita berbeza mengenai kedua-dua pasukan ini selepas perlawanan pertama kumpulan, di mana Indonesia mencipta kejutan mengikat salah satu gergasi Asia, Arab Saudi 1-1 di Jeddah.

Manakala malang bagi Australia, mereka terpaksa menelan kekecewaan apabila tumpas 0-1 di tangan Bahrain di hadapan penyokong sendiri selain terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada minit ke 77.

Indonesia kini berada di tangga ke 132 dunia, naik satu anak tangga untuk berada di belakang Malaysia dalam kedudukan ranking FIFA, manakala bagi Australia kini berada di kedudukan 25 dunia.

Indonesia vs Australia: Info Siaran Langsung & Live Streaming

Tarikh: Selasa, 10 September 2024
Masa: 8 malam
Saluran: Astro Arena 2 802, Astro GO & sooka
Venue: Stadium Gelora Bung Karno