Penyudah yang mengagumkan wakil dari Korea Selatan, Jung Ji-won, dalam saingan hari terakhir kategori individu lelaki di Golf Junior Antarabangsa Selangor 2025 berakhir dengan dominasi penuh Ji Won, yang tidak tergugat untuk mengekalkan pendahuluannya dan muncul juara edisi keempat kejohanan ini.

Di samping itu, Ji Won, yang masih layak untuk bertanding pada edisi tahun hadapan kerana usianya baru mencecah 17 tahun, mempersembahkan permainan berkualiti tinggi serta kematangan yang mengagumkan.

Dengan pukulan yang konsisten, dia menamatkan hari terakhir dengan rekod cemerlang, mencatatkan 2 eagle dan 3 birdie.







Secara keseluruhan, Ji Won merekodkan 206 pukulan, 10 di bawah par.

Selain itu, dia turut berkongsi rahsia kejayaannya, termasuk pendedahan awal kepada sukan golf sejak berusia 7 tahun dan pengalaman bermain di lebih 100 padang golf di seluruh dunia.

Dengan itu, kejayaan ini membuktikan potensi besar Ji Won dalam sukan golf di peringkat antarabangsa.

“Sebenarnya, saya telah mencatatkan lima bogey dalam satu hari. Itu bukan hasil yang baik, tetapi saya berjaya mencatat dua eagle dan empat atau tiga birdie.

“Itu yang membawa saya untuk memenangi kejohanan ini, kata Jung Ji Won,” Juara SIJGC 2025.

Sementara itu, pemain terbaik Malaysia, Anson Yeo, menamatkan saingan di kedudukan ketiga keseluruhan, yang melayakkan Anson meraih slot untuk beraksi di Masters Selangor pada minggu hadapan.

“Sebenarnya, saya menyasarkan untuk menang minggu ini, tetapi saya tidak dapat melakukan pukulan putt dengan baik.”

“Saya banyak melakukan tiga putt, dan hari ini, saya hanya berjaya melakukan satu putt penuh.”

“Saya rasa, terutamanya untuk pukulan putt minggu ini, saya sepatutnya boleh melakukannya dengan lebih baik, dan mungkin saya boleh mencatatkan skor terendah.”

“Kadang-kadang, kita perlu menahan tekanan, tetapi saya rasa tekanan saya belum begitu baik lagi, jadi saya sering terlepas pukulan putt, terutama putt pendek.”

“Kami perlu fokus pada setiap pukulan dan setiap putt,” kata Anson Yeo, ke-3 SIJGC 2025.