Tiger Woods tidak meragui keupayaannya untuk memenangi The Masters buat kali keenam tatkala pemain legenda Amerika itu bersiap sedia untuk membuat satu lagi kemunculan sensasi.
Woods tidak dapat berjalan tanpa bantuan selama beberapa bulan apatah lagi bermain golf kompetitif sejak mengalami kecederaan kaki yang serius dalam kemalangan kereta pada Februari 2021.
Pemain berusia 46 tahun itu tidak pasti sama ada dia mampu kembali beraksi di peringkat tertinggi tetapi dia kini sudah bersedia untuk membuat kemunculan semula yang luar biasa di Augusta National minggu ini.
Woods, yang memenangi gelaran Masters pertamanya di Georgia 25 tahun lalu, mengesahkan dalam sidang akhbar sebentar tadi bahawa dia sudah berasa bersedia untuk membuat penampilan pertama sejak The Masters 2020.
Walaupun dia akan menilai semula keadaannya selepas berlatih sembilan lubang lagi esok, Woods tetap berkeyakinan tinggi bahawa dia mampu kembali merebut gelaran itu selepas menyambar Jaket Hijau pada 2019 sebaik pulih daripada masalah belakang yang serius.
"Saya (mampu)," jawabnya apabila ditanya sama ada dia percaya dia sekali lagi berpeluang mengungguli kejohanan di Augusta.
Dia menambah: "Saya boleh memukul dengan baik. Saya tidak mempunyai sebarang keraguan tentang kemampuan fizikal saya dari sudut pandangan golf. Ketika ini untuk berjalan adalah bahagian yang sukar.
"Ini lumrah, bukan satu perjalanan yang mudah untuk kembali beraksi. Dengan keadaan kaki saya sekarang ini, ia menjadi lebih sukar.
"72 lubang adalah satu perjalanan yang panjang dan ia akan menjadi cabaran yang sukar dan saya sedia hadapinya."
Menjelaskan proses kemunculannya semula itu, Woods berkata: "Saya telah bekerja keras.
"Pasukan (sokongan) saya begitu mengagumkan. Saya bertuah kerana mempunyai pakar bedah yang hebat dan pakar terapi hebat yang telah bekerja dengan saya hampir setiap hari."
Shaiful Shamsudin
Tue Apr 05 2022
Golf: Tiger Woods ketepikan isu kecederaan panjang
Kehadiran bintang golf dunia, Tiger Woods dan anaknya Charlie Woods bakal menghangatkan saingan Kejohanan PNC yang dijadual akan berlangsung bermula 20 Disember depan di Orlando, Florida.
Scottie Scheffler ikut jejak langkah Tiger Woods
Pemain nombor satu dunia, Scottie Scheffler, raih kejuaraan Jelajah PGA kelima tahun ini selepas senundukkan Collin Morikawa dengan kelebihan satu pukulan secara keseluruhan di Memorial Tournament
Tiger Woods gemparkan dunia golf
Tiger Woods menarik diri selepas dia melakukan teed off di lubang ketujuh dengan penonton menyaksikan dia diiringi dari padang dengan kereta golf.
Golf Terbuka AS: Tiger Woods tarik diri
Tiger Woods secara rasmi menarik diri daripada Kejohanan Golf Terbuka Amerika Syarikat (AS) di Los Angeles Country Club bulan depan.
Bedah buku lali halang Tiger Woods sertai PGA AS
Tiger Woods sah terlepas Kejohanan PGA Amerika Syarikat (AS) seperti yang dijangkakan selepas menjalani pembedahan buku lali bulan lalu.
Golf The Masters: Woods seronok 'menderita' di Augusta
Tiger Woods menanggung kesakitan tetapi "tepat di tempat yang diperlukannya" selepas membuat permulaan baik dalam kemunculan semulanya dalam Kejohanan Golf The Masters sebentar tadi.
Golf The Masters: Woods optimis peluang ungguli kali keenam
Tiger Woods tidak meragui keupayaannya untuk memenangi The Masters buat kali keenam tatkala pemain legenda Amerika itu bersiap sedia untuk membuat satu lagi kemunculan sensasi.
Golf PNC: Tiger Woods puas hati harungi pusingan pertama
Pemenang 15 kejuaraan utama, Tiger Woods, berkata ia adalah satu permainan yang cemerlang untuk kembali ke lapangan buat kali pertama sejak terbabit dalam kemalangan kereta pada Februari lalu yang menyebabkan dia mengalami kecederaan parah di kakinya.
Woods ingin kembali sebagai pemain golf separuh masa
Tiger Woods berharap dapat kembali ke arena golf profesional selaku pemain separuh masa dan mendedahkan bahawa dia pernah berasa takut kakinya terpaksa dipotong susulan kecederaan serius yang dialaminya dalam satu kemalangan jalan raya pada Ferbuari lalu.
Golf Masters: Tiger Woods ucap tahniah selepas Matsuyama cipta sejarah
Kejayaan Hideki Matsuyama meraih gelaran Masters pertamanya akan "memberi impak terhadap seluruh dunia sukan golf", kata pemenang 15 gelaran utama, Tiger Woods.
Akanji: Premier League title no longer Man City's aim
Akanji gives up on league title
'Many things to improve' for history-chasing Sabalenka
Sabalenka has much to improve
Manchester City 1-1 Everton: Pickford penalty heroics earn Toffees a point
Report: Man City 1-1 Everton
Atalanta looking to hold off threat of chasing pack
Atalanta lead, chasers close in
Van Dijk: I love Liverpool and Liverpool loves me
Van Dijk: I love Liverpool
Konstas had no fear of facing Bumrah due to being 'young and a bit naive'
Konstas had no fearof Bumrah
LeBron: Christmas belongs to the NBA
James: Christmas is our day
Sporting sack Amorim's replacement Pereira after just eight games
Sporting sack Pereira
Celtics win shows 76ers' potential, says Embiid
Embiid: Celtics win shows potential
Guardiola: Man City in danger of not qualifying for Champions League
Pep: Man City might not reach UCL