Pemain golf kebangsaan, Danny Chia, berjaya mengetepikan cabaran Afif Fathi dengan kelebihan dua pukulan untuk muncul juara Kejohanan Golf Jelajah Toyota Piala Yaris.

Pemain senior negara itu muncul juara Kejohanan Jelajah Toyota Piala Yaris yang berlangsung di The Mines Resort and Golf Club hari ini.

Saingan yang cukup sengit di antara Danny dan Afif yang mengikat keputusan bawah 7 par sebelum dua lubang terakhir.

Bagaimanapun, dengan kesilapan dua bogey yang dilakukan Afif, Danny akhirnya mampu menarik nafas lega kerana perlawanan tidak berlanjutan ke pusingan play off.

Dia meninggalkan Afif dengan keputusan selesa iaitu 206 bersama tujuh bawah par.

Keletihan menjadi antara punca utama Afif tidak dapat mempertahankan kemenangan yang diraih dalam pusingan pertama.

Dia yang tamat dengan keputusan 208 5 bawah par mengakui kurang rehat dan jadual perlawanan yang panjang memadam motivasi dan semangat dia sebagai pencabar utama, Danny Chia.

Bogey di dua lubang terakhir membuktikan Afif tidak lagi mampu untuk memberikan saingan memandangkan jika dia berjaya membuat pukulan birdie, perlawanan akan diteruskan ke play off.