Pendahulu keseluruhan kategori lelaki, Paul San Weng Yau, dalam misi untuk mengekalkan kedudukan ranking di puncak menjelang Kejohanan Golf Jelajah Toyota 2024 bertaraf Asia Development's Tour yang akan membuka tirai, Rabu ini.
Tambahan pula, dengan dirinya yang cemerlang selepas menjuarai Vios Cup pada Mei dan Supra Cup pada Ogos lalu, dia menyifatkan amat berpuas hati dengan prestasinya musim ini dan berharap gelaran juara keseluruhan akan berada dalam dakapannya.
"Sesi ini benar-benar baik, mantap, dan saya sangat gembira dengan prestasi saya."
"Saya berharap dapat menunjukkan prestasi yang lebih baik lagi, berjaya di peringkat antarabangsa, dan menamatkan permainan dengan cemerlang."
"Saya rasa permainan saya sudah cukup baik walaupun permainan berlangsung dengan pantas dan keadaan juga sangat memuaskan. Saya berharap kejohanan yang akan datang berjalan dengan lancar."
"Minggu depan, ramai pemain akan turun ke padang untuk merebut kemenangan di Asian Development's Tour (ADT). Saya tidak sabar untuk menjadi sebahagian daripada perlawanan itu, sudah pasti," katanya
Sementara itu, Olimpian Negara, Gavin Kyle Green, ketika ini berada di prestasi terbaiknya selepas berjaya membuat back to back 'hole-in-one' ketika sesi latihan semalam dan juga dalam saingan pro-am yang berlangsung hari ini.
Malah, Gavin ingin menikmati saingan pada Rabu ini, lebih-lebih lagi dia menyifatkan kerana dapat beraksi di halaman sendiri sesuatu yang perlu dimanfaatkan kerana dia sentiasa sibuk dalam mewakili Malaysia di kejohanan luar negara.
"Saya menikmati masa di rumah bersama keluarga dan rakan-rakan. Rasa begitu bahagia apabila mereka ada di sekeliling, berkongsi saat-saat bersama kami di sini."
"Saya jarang dapat peluang seperti ini, jadi apabila ada, saya sangat menghargai masa di rumah. Saya juga suka menikmati makanan tempatan." tambahnya.
Aleqha Zainal
Tue Nov 19 2024
Golf Remaja Antarabangsa Selangor: Bintang muda Korea Selatan teruskan dominasi
Bintang muda Korea Selatan, Jung Ji Won, terus mendominasi Kejohanan Golf Remaja Antarabangsa Selangor 2025 selepas menamatkan saingan hari kedua dengan keputusan cemerlang.
Golf Remaja Antarabangsa Selangor: Cuaca jadi cabaran, Chuc An kekal teratas
Cuaca yang tidak menentu di Kelab Golf Seri Selangor memberikan cabaran besar buat Lee Chuc An, yang beraksi di bawah kemampuan sebenar dengan mencatatkan 73 pukulan, 1 di atas par dalam Kejohanan Golf Remaja Antarabangsa Selangor hari ini.
Selangor International Junior Golf Championship 2025: Pemain negara pamer sinar
Hari pertama saingan Selangor International Junior Golf Championship 2025 memperlihatkan nasib berbeza dilalui kem negara.
Selangor International Junior Golf Championship 2025: Danial tekad pecah dominasi China
Bahang kehangatan penganjuran edisi keempat Selangor International Junior Golf Championship 2025 semakin dirasai prospek utama negara untuk mencabar kehandalan pemain dari China yang menggondol kejuaraan saingan individu dan berpasukan lelaki, Danial Muhammad Nazari, optimis memecah dominasi negara tembok besar itu.
Golf Remaja Selangor: Ajmal Amin, Amberly Zaira tekad beri aksi terbaik di laman sendiri
Pemain golf remaja negara, Muhammad Ajmal Amin Mohd Fajri melakukan pengorbanan luar biasa apabila berada di lapangan untuk mengetuai cabaran skuad negara mencabar gelaran di Kejohanan Golf Antarabangsa Remaja Selangor 2025.
Kerajaan Selangor anjur dua kejohanan golf libatkan 29 negara
Kerajaan Negeri Selangor mengumumkan hari ini akan menganjurkan Kejohanan Golf Selangor International Junior Golf Championship 2025 dan Kejohanan PKNS Selangor Masters 2025.
Golf: Tiger Woods ketepikan isu kecederaan panjang
Kehadiran bintang golf dunia, Tiger Woods dan anaknya Charlie Woods bakal menghangatkan saingan Kejohanan PNC yang dijadual akan berlangsung bermula 20 Disember depan di Orlando, Florida.
Golf Piala Amal Raja Muda Selangor 2024: Inisiatif terbaik sokong pembangunan belia Selangor
Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah, mencemar duli hadir ke Tropicana Golf & Country Resort untuk beraksi dalam Golf Piala Amal Raja Muda Selangor 2024.
Wow! Pickleball ada di KLGCC?
KLGCC Resort terkenal dengan padang golf yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dan menjadi salah satu venue paling hangat bagi sukan tersebut.
Ambil inspirasi Piala Ryder, Piala Albatross bakal kumpul 12 pemain gol terbaik Malaysia
Bermula daripada perbualan kosong di antara Gavin Green dan Danny chia membawa kepada persetujuan untuk penganjuran Piala Albatross yang turut mengumpul 12 pemain golf terbaik negara.
Pulisic to miss Milan's clash with Juventus
Pulisic to miss Juventus clash
Palmer doubtful to face Wolves with ankle injury
Palmer doubtful to face Wolves
Postecoglou insists Tottenham need January 'reinforcements' amid injury problems
Ange: Spurs need January signings
Haaland new deal 'exceptional news' for Man City - Guardiola
Haaland deal 'exceptional news'
Slegers appointed permanent Arsenal head coach
Slegers named Arsenal head coach
Shakeel and Rizwan lead Pakistan revival on day one
Pakistan recover from slow start
Thunder 'imposed their will' on Cavs during rout, says Atkinson
Atkison: Thunder imposed will
Australian Open: Pegula dumped out by Danilovic
Danilovic dumps out Pegula
Tedesco leaves Belgium after poor Nations League campaign
Tedesco departs Belgium
'Hard work and togetherness' will turn Leicester form around - Van Nistelrooy
Van Nistelrooy: We need hard work