TURKIYE 3 GEORGIA 1

Pertemuan pertama kumpulan F Euro 2024 memihak kepada Turkiye apabila melakar kemenangan menewaskan pasukan lawan, Georgia, di Stadium BVB Dortmund, sebentar tadi.


Pertahanan Fenerbahce, Mert Muldur, memberikan gol pertam buat Turkiye susulan sepakan voli yang deras menewaskan penjaga gol Georgia, Giorgi Mamardashvili.

Georgia pantas menyamakan kedudukan menerusi penyerang, Georges Mikautadze, berjaya mengimbangi aksi panas itu selain menyamakan kedudukan sebelum tamat separuh masa pertama.

Berselang babak kedua, Turkiye meneruskan rentak kecemerlangannya dengan menggunakan kekuatan pemain sayap untuk mencari jaringan kebangkitan.

Aksi tersebut diiringi dengan cuaca hujan lebat yang semakin merancakkan suasana permainan daripada kedua-dua pasukan.

Pemain muda Real Madrid, Arda Guler, mencetak nama sebagai wira Turkiye susulan rembatan derasnya daripada bahagian kanan permainan memberikan tiga mata berharga buat Turkiye.

Sebelum wisel penamat dibunyikan, pemain berjersi numbur tujuh, Kerem Akturkoglu, menjadi wira Turkiye selepas mencuri peluang ketika penjaga gol Georgia berada luar daripada posisinya untuk memberikan tiga mata berharga.