Pertembungan kelima diantara kedua-dua pasukan, Turkiye dan Georgia, menjadi tumpuan buat penyokong masing-masing untuk mahu mencari kemenangan yang seterusnya dalam saingan Euro 2024 itu.

Situasi menjadi panas apabila peminat tegar daripada dua gergasi bola sepak itu memulakan pergaduhan sebelum sepak mula berlangsung di Stadium BVB Dortmund, sebentar nanti.

Provokasi daripada kedua-dua pihak menjadi semakin tegang apabila ada diantara mereka melontarkan objek kepada para peminat yang semakin mencemarkan suasana sebelum menonton perlawanan itu.