CROATIA 2 ALBANIA 2
Hasrat Croatia untuk meraih tiga mata pertama dalam Euro 2024 tidak kesampaian apabila dibolosi pada saat-saat terakhir untuk diikat 2-2 oleh Albania dalam aksi kedua Kumpulan B di Hamburg sebentar tadi.
Selepas tewas 0-3 kepada Sepanyol dalam aksi pembukaan hujung minggu lalu, Croatia bimbingan Zlatko Dalic sedar mereka tiada pilihan selain mengatasi Albania untuk kembali membuka peluang.
Bagaimanapun, mereka dikejutkan dengan jaringan pembukaan Qazim Laci seawal minit ke-11, bahkan turut buntu mencari gol penyamaan sepanjang separuh masa pertama.
Namun, segalanya kelihatan bakal berubah dalam babak kedua menerusi dua gol dalam tempoh dua minit yang dilakukan Vatreni.
Andrej Kramaric menyamakan kedudukan buat Croatia pada minit ke-74 dengan penyudah kemasnya di depan gawang lawan, di mana dia bijak menyusup masuk melepasi perangkap ofsaid sebelum memperdayakan pertahanan Albania.
Nasib kian menyebelahi Croatia berselang dua minit selepas itu apabila Klaus Gjasula tertampan bola ke gawang sendiri susulan satu situasi kelam-kabut di depan gawang Albania.
Ketika Croatia kelihatan akan meraih tiga mata pertama, Gjasula muncul wira dengan menebus kesilapan lalunya pada minit terakhir waktu kecederaan dengan merembat masuk bola daripada lintangan rakan sepasukan.
Keputusan itu menyaksikan Albania kekal di tangga ketiga dengan satu mata dan berkelebihan daripada segi beza jaringan dengan Croatia di tangga tercorot.
Albania seterusnya akan menghadapi Sepanyol manakala Croatia pula perlu menghadapi Itali dalam aksi terakhir peringkat kumpulan pada Isnin ini.
Sebagai rekod, dua pasukan teratas setiap kumpulan dan empat pasukan di tangga ketiga terbaik akan layak ke pusingan kalah mati.
Muzaffar Musa
Wed Jun 19 2024
EPL: Man United kempunan lagi, seri berdepan Aston Villa
Juara Piala FA musim lalu, Manchester United, gagal mendapatkan tiga mata penuh apabila terikat tanpa jaringan 0-0 bertemu tuan rumah, Aston Villa, di Villa Park, sebentar tadi.
Liga Super: Kehadiran Jese Rodriguez beri kesan besar -- Asmawi Bakiri
Bekas pemain kebangsaan, Asmawi Bakiri, mengakui teruja dengan kehadiran bekas rakan sepasukan Cristiano Ronaldo, Jese Rodriguez, yang terbukti kehebatannya untuk memperkuat barisan serangan Johor Darul Ta'zim (JDT) lebih-lebih lagi dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE
Saya akan kembali ke Eropah -- Allee Putra
Bekas pemain Kelantan, Allee Putra Azril, menegaskan bahawah tiada istilah putus asa dalam kamus hidupnya untuk mengejar impian beraksi bersama kelab Eropah.
AWCL: Sabah tewas 7-0 kepada Wuhan Jiangda
Pasukan tuan rumah, Wuhan Jiangda, menidakkan impian pasukan Sabah wanita apabila tersingkir daripada Liga Juara-Juara Asia Wanita selepas dibelasah 7-0 di Pusat Sukan Budaya Hankou, sebentar tadi.
Harimau Malaya hilang khidmat Dion Cools bertemu New Zealand
New Zealand jadi medan terbesar uji kekuatan sebenar skuad Harimau Malaya dalam perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Auckland pada 14 Oktober depan
Liga Super: Berapa aksi lagi nak kena tunda? -- TMJ
Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, sekali lagi menyuarakan kekesalan terhadap kualiti padang bola sepak di negara ini.
Liga Super: 'Tangguh perlawanan dua kali menyusahkan penyokong'
Tindakan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menangguhkan perlawanan di antara Perak dengan Johor Darul Ta'zim (JDT) buat kali kedua di Stadium Perak amat mengecewakan penyokong kedua-dua pasukan.
Pemain Kedah tetap hadir jalani latihan
Walaupun masih dihimpit masalah tunggakan gaji, pemain Kedah Darul Aman (KDA) dilihat tetap turun menjalani latihan di Stadium Darul Aman, Alor Setar petang semalam.
LaLiga: Szczesny perlu sabar tunggu penampilan pertama dengan Barcelona
Penjaga gol baru Barcelona, Wojciech Szczesny, tidak dapat melakukan penampilan pertamanya menentang Alaves dalam saingan LaLiga malam ini dan perlu menunggu sehingga tamat waktu rehat antarabangsa untuk melakukannya.
Serie A: Hatrik Thuram bawa Inter Milan terus saingi kelompok atasan
Marcus Thuram menjaringkan hatrik ketika Inter Milan menewaskan 10 pemain Torino 3-2 dalam aksi Serie A di Stadio Giuseppe Meazza awal pagi tadi.
Liverpool edge Tottenham in thriller as injury-hit Everton hold Arsenal
Liverpool came out 3-2 victors in a five-goal thriller with Tottenham on Sunday, while Everton frustrated Arsenal.
Emery: Villa 'missed some energy' in Man Utd stalemate
Unai Emery believes Aston Villa's Champions League heroics against Bayern Munich took their toll in the 0-0 draw with Manchester United.
Chelsea 'deserved to win', says Maresca
Chelsea dominated proceedings at Stamford Bridge but were held to a 1-1 draw by 10-man Nottingham Forest after coming back from behind.
Deportivo Alaves 0-3 Barcelona: Lewandowski hat-trick seals emphatic win
Robert Lewandowski's superb start to the season continued, as his hat-trick secured Barcelona a win against Deportivo Alaves.
Ten Hag insists Man Utd 'all on board together' amid future speculation
Ten Hag: Everyone on same page
Aston Villa 0-0 Manchester United: Visitors' winless streak continues after Villa Park stalemate
Manchester United are now without a win in five matches across all competitions following their stalemate with Aston Villa.
Chelsea 1-1 Nottingham Forest: Madueke equaliser earns Blues a point against 10-man visitors
Report: Chelsea 1-1 Forest
Motta bemoans profligate Juve showing after Cagliari snatch draw
Juventus dominated for large parts against Cagliari but failed to make their control pay dividends in Sunday's Serie A clash.
Girona 2-1 Athletic Bilbao: Gazzaniga penalty saves set the stage for late Stuani winner
Girona ended their six-game winless streak in all competitions with some late drama, snatching a 2-1 win over Athletic Bilbao in LaLiga.
Manchester City 2-0 West Ham: Hemp hits 50th goal in routine win
Lauren Hemp became the youngest player to score 50 Women's Super League goals as Manchester City overcame West Ham 2-0 on Sunday.