Ammar Hakim
Thu May 25 2023

Erik ten Hag bimbang pemain sayap Antony mengalami kecederaan serius ketika Manchester United memenuhi objektif utama kelayakan Liga Juara-Juara (UCL) dengan membelasah Chelsea.
The Red Devils mengesahkan kepulangan mereka dalam kelompok empat pasukan terbaik dengan berbaki satu perlawanan susulan kemenangan ke atas pasukan bimbingan Frank Lampard 4-1 di Old Trafford awal pagi tadi.
Casemiro, Anthony Martial, Bruno Fernandes dan Marcus Rashford menjaringkan gol sebelum Joao Felix menjaringkan gol saguhati dalam perlawanan yang menyaksikan Antony meninggalkan perlawanan dengan pengusung pada separuh masa pertama.
Diminta memberikan maklumat terkini mengenai pemain antarabangsa Brazil itu, Ten Hag berkata, “Saya tidak tahu. Semua orang telah melihat dia keluar.
"Saya boleh memberitahu anda bahawa ia serius tetapi kami perlu menunggu sekurang-kurangnya 24 jam dan kemudian kami mungkin mengetahui lebih lanjut mengenai status kecederaannya."
Komen Ten Hag menunjukkan Antony mungkin terlepas aksi final Piala FA menentang Manchester City pada 3 Jun, dengan Luke Shaw juga memerlukan penilaian selepas digantikan kerana mengalami kecederaan belakang.
"Kita perlu menunggu," katanya. “Antony kelihatan serius tetapi kami tidak tahu tahap kecederaannya. Mengenai kecederaan Shaw, kami perlu tunggu juga."
Ketiadaan mereka akan menjadi tamparan hebat buat pasukan United yang sudah pun tanpa Lisandro Martinez, Marcel Sabitzer dan Donny van de Beek untuk perlawanan akhir Piala FA.
Mengatasi City akan menjadi penyeri di atas apa yang Ten Hag anggap sebagai musim yang berjaya.
“Saya sentiasa menaruh harapan tinggi terhadap diri sendiri dan saya fikir kelab ini tergolong dalam Liga Juara-Juara, jadi anda perlu layak dalam empat pasukan terbaik,” katanya.
“Tetapi liga ini sangat sengit, dan terdapat banyak pasukan, banyak kelab, yang bersaing untuk kelayakan itu dan mereka semua boleh melakukannya kerana mereka mempunyai bajet yang tinggi, skuad yang bagus.
“Kami melihat Chelsea, mereka mempunyai skuad yang besar dan bagus dengan pemain yang cemerlang.
“Jadi, kami gembira berada dalam empat kelompok pertama. Saya rasa kami bermain musim yang baik dalam EPL. Saya akan katakan, musim ini adalah musim yang sangat bagus.”

Pochettino bantah salahkan jabatan perubatan Chelsea
Mauricio Pochettino mempertahankan jabatan perubatan Chelsea berikutan krisis kecederaan apabila hanya 15 pemain pasukan utama bersedia untuk bertemu Bournemouth, minggu lalu.

EPL: Chelsea terus bergelut cari kemenangan
Permulaan hambar Chelsea dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini berterusan apabila terikat tanpa jaringan dengan AFC Bournemouth di Stadium Vitality malam tadi.

EPL: Chelsea sepatutnya tandatangani Declan Rice, bukan Moises Caicedo
Bekas penjaga gol Chelsea, Asmir Begovic, mendakwa The Blues sepatutnya menandatangani Declan Rice dan bukannya Moises Caicedo.

EPL: Chelsea perlu lebih licik dalam usaha peroleh kemenangan -- Mauricio Pochettino
Mauricio Pochettino telah memberitahu pemain Chelsea bahawa mereka perlu menjadi lebih 'licik' jika mereka ingin mencapai tahap yang diperlukan untuk meneruskan daripada permulaan musim yang kurang memberangsangkan.

EPL: Gol tunggal Anthony Elanga pastikan Nottingham Forest tumbangkan Chelsea
Anthony Elanga masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan gol tunggal perlawanan ketika Nottingham Forest mengejutkan Chelsea dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge malam tadi.

Mauricio Pochettino puji jentera serangan Chelsea terutama Raheem Sterling
Mauricio Pochettino memuji kehebatan jentera serangan Chelsea dalam kemenangan 3-0 mereka ke atas Luton semalam dan mengulangi kelab itu hanya akan kembali ke pasaran perpindahan jika ada calon ideal untuk penyerang kanan.

Raheem Sterling wira kemenangan sulung Chelsea
Mauricio Pochettino berkata Raheem Sterling memang berhak menerima pujian atas kegigihannya untuk bangkit di Chelsea dalam kemenangan 3-0 ke atas Luton di Stamford Bridge, awal pagi tadi.

Mauricio Pochettino elak 'tekan' tonggak baru Chelsea
Mauricio Pochettino tidak terburu-buru menagih prestasi terbaik daripada muka baru di Chelsea walaupun sudah melabur lebih daripada £350 juta (RM2 bilion) dalam jendela perpindahan musim panas ini.

Jimmy Floyd Hasselbaink tuntut kesabaran di Chelsea
Bekas penyerang Chelsea, Jimmy Floyd Hasselbaink, menegaskan Mauricio Pochettino memerlukan sedikit masa tetapi sedar tidak semua pemain besar kelab itu mampu menangani tekanan berkenaan.

EPL: Lewis Hall sertai Newcastle secara pinjaman semusim daripada Chelsea
Lewis Hall menyertai Newcastle United secara pinjaman semusim daripada Chelsea dengan kelab berkenaan memiliki pilihan pembelian secara tetap bagi mengikat pertahanan berpotensi besar itu.

Rudi Garcia says Napoli ‘need to be more effective’ ahead of Bologna clash
A 2-1 midweek Champions League triumph at Braga has done little to sway the detractors of Garcia’s system.

No margin for error in Tonga clash – Scotland talking points
Kyle Steyn and Lions duo Rory Sutherland and Chris Harris are back in the XV as their side look to bounce back from defeat to South Africa.

Lautaro Martinez says Inter need to ‘raise their level’ against Empoli
The Nerazzurri’s winning streak ended with a midweek Champions League draw against Real Sociedad.

Scotland goal came from World Cup routine – Lucy Bronze
The defender opened the scoring in the Nations League clash as England won a tight game 2-1.

Antoine Dupont has surgery as France captain’s World Cup remains in the balance
Les Blues face an anxious wait as their captain begins his recovery process.

Ange Postecoglou says Tottenham will play on the front foot against Arsenal
Spurs have lost their last three games at the Emirates but also showed an underwhelming lack of attacking imagination.

It is real – Lewis Hamilton amazed by ‘huge’ gap to Max Verstappen and Red Bull
Verstappen hit back in style in qualifying for the Japanese Grand Prix after seeing his record 10-race winning run end in Singapore.

Mikel Arteta relishing ‘special rivalry’ as in-form Arsenal and Spurs do battle
Both the Gunners and Tottenham are unbeaten in the Premier League ahead of their derby-day clash.

Wales’ destiny in their own hands – 5 talking points ahead of Australia showdown
Warren Gatland’s side are chasing a quarter-final prize for a fourth World Cup in succession.

Verstappen pips Piastri to pole after tense qualifying for Japanese GP
Verstappen was imperious around the high-speed corner circuit at Suzuka.