LIVERPOOL 2 CHELSEA 1
Liverpool kembali ke puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila jaringan Curtis Jones memastikan kemenangan 2-1 The Reds ke atas Chelsea dalam aksi cukup menghiburkan di Anfield awal pagi tadi.
Selepas dipintas Manchester City, yang menewaskan Wolves dalam perlawanan lebih awal malam tadi, Liverpool memberikan respons dengan memenangi ujian paling besar buat pengurus, Arne Slot, setakat ini.
Jaringan penalti Mohamed Salah pada minit ke-29 memecahkan kebuntuan dalam pertemuan itu selepas Levi Colwill mengasari Jones.
Jones kemudian menyangkakan dia telah memenangi sepakan penalti kedua selepas dijatuhkan Robert Sanchez tetapi selepas semakan video bantuan pengadil (VAR), John Brooks, yang bertugas mengadili perlawanan itu, mengubah keputusannya.
Satu lagi keputusan VAR kemudian memihak Chelsea untuk menyamakan kedudukan pada tiga minit terakhir babak pertama, di mana Nicolas Jackson, yang awalnya berada di kedudukan ofsaid, dibenarkan jaringannya selepas Ibrahima konate dilihat berada di kedudukan lebih bawah.
Bagaimanapun, Salah dan Jones bergandingan menjaringkan gol kemenangan The Reds yang disudahkan Jones pada minit ke-51.
Dengan kemenangan itu, Liverpool kembali berkelebihan satu mata di atas pencabar terdekat, City, dan empat mata di atas lawan berikutnya, Arsenal.
Chelsea, dalam pada itu, kekal di kedudukan keenam dan dibezakan tiga mata dengan kelompok empat teratas.
Muzaffar Musa
Sun Oct 20 2024
Liga Super: Mungkin pemain lupa sekarang ada VAR -- Yusri Che Lah
Ketua jurulatih Perak, Yusri Che Lah, berkata pasukannya terlalu hampir untuk mendapatkan tiga mata ketika diikat Terengganu 2-2 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Manjung sebentar tadi.
Liga Super: Terengganu bangkit dua kali ikat Perak di Manjung
Terengganu bangkit sebanyak dua kali untuk mengikat Perak 2-2 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Manjung sebentar tadi.
Separuh masa Liga Super: Terengganu Bangkit ikat Perak di Manjung
Terengganu bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk mengikat Perak 1-1 menjelang separuh masa aksi Liga Super di Stadium Mini Manjung ketika ini.
Kelab terkemuka Korea, Gwangju bina rakan strategik bersama KL City
Selepas perlawanan bertemu juara 10 kali Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT), dalam pertemuan Kumpulan A Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) Selasa lalu, Gwangju mengumumkan rangkaian kerjasama bersama sebuah kelab di Malaysia iaitu Kuala Lumpur City.
Nadi Bola Latihan Pasukan: Selangor mahu tumpaskan JDT di MBPJ
Menjelang pertemuan epik antara Selangor dan Johor Darul Ta'zim (JDT) esok semestinya akan menjanjikan aksi yang menarik dengan dendam The Red Giants tewas dalam final Piala FA masih membara!
Liga Super: Kedah terima dana RM300,000?
Tular di sosial media mengenai seorang individu melahirkan rasa simpati terhadap nasib pasukan Liga Super Malaysia, Kedah Darul Aman (KDA), yang mengalami masalah kewangan sejak awal musim.
Liga Super: Jorge Obregon fokus ke depan, lupakan kekalahan JDT
Penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT), Jorge Obregon, tidak mahu memandang ke belakang selepas kekalahan menentang Gwangju dalam perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) minggu lalu.
Chris Wood tidak sasar kasut emas, kagum dengan kegagahan Erling Haaland
Penyerang Nottingham Forest, Chris Wood, tidak bercita-cita untuk menyaingi 'kegagahan' Erling Haaland dalam persaingan Kasut Emas Liga Perdana Inggeris (EPL) walaupun selepas menjaringkan dua gol ketika menentang Leicester City di Stadium King Power awal pagi tadi.
Liga Super: Info siaran langsung Selangor lawan JDT
Dua pasukan gergasi Liga Super, Selangor dan Johor Darul Ta'zim (JDT) akan bertembung di Petaling Jaya bagi aksi tumpuan malam esok.
Sharul Nazeem.. sebab rambut dia kembang -- Faisal Halim
Penyerang Selangor, Faisal Halim, berkongsikan rakan sepasukan kegemarannya dalam skuad The Red Giants dengan dia menyebut nama Shahrul Nazeem sebagai pilihan.
'We don't have to throw everything in the trash' – Ancelotti bullish after Clasico humiliation
Ancelotti defiant after Clasico
Hurzeler: Lack of professionalism cost Brighton in Wolves draw
Hurzeler slams Brighton after draw
Leverkusen pay price for 'soft' defending in Werder Bremen draw
Alonso angered by 'soft' defending
Rune shocked in Basel as Draper reaches Vienna final
Draper reaches maiden ATP 500 final
Emery says Aston Villa 'deserved three points’ after late draw against Bournemouth
Emery: Aston Villa deserved victory
Real Madrid 0-4 Barcelona: Lewandowski at the double in resounding Clasico win
Report: Real Madrid 0-4 Barcelona
Stokes backs England's batters but concedes challenges were not met
Stokes backs batters
Frank ‘still irritated’ despite Brentford’s thrilling comeback against Ipswich
Brentford boss irritated after win
Werder Bremen 2-2 Bayer Leverkusen: Bundesliga champions twice squander lead
Werder Bremen twice came back from behind to draw 2-2 with defending champions Bayer Leverkusen at the Weserstadion.
Las Palmas 1-0 Girona: Munoz secures shock win for hosts
Alex Munoz gave Las Palmas a shock 1-0 victory against Girona in LaLiga to lift his side out of the relegation zone.