Enzo Maresca mendedahkan matlamat utama Chelsea adalah untuk menjual pemain tatkala jendela perpindahan menghampiri penghujungnya.

The Blues telah mengikat 12 pemain dan merupakan berbelanja paling tinggi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) setakat ini.

Chelsea kini mempunyai lebih 40 pemain dalam skuad mereka dengan pemain antarabangsa England, Raheem Sterling dan Ben Chilwell, antara kumpulan 15 pemain yang diarah berlatih di luar pasukan utama.

"Sasarannya adalah untuk menyelesaikan masalah ekonomi daripada segi penjualan pemain," kata Maresca kepada laman sesawang kelab.



“Dari situ, kami cuba melakukan yang terbaik dan lihat hasilnya.

"Bagi kami, sasaran pada masa ini adalah untuk meningkatkan persembahan pemain. Tiada seorang pun daripada pengurusan kelab yang meminta saya agar menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) atau bersaing untuk tempat Liga Juara-Juara (UCL).

"Saya mahu melihat pasukan saya bermain seperti yang kita mahu bermain dan bersaing setiap perlawanan. Saya mahu melihat idea permainan yang jelas tentang apa yang mereka mahu sementara apabila kehilangan bola, menjadi pasukan yang sangat agresif.

"Perkara yang paling penting ialah menjadi lebih baik perlawanan demi perlawanan."