Saufi Tahir
Sat Oct 26 2024
Bekas jurulatih West Ham, Stuart Pearce, tidak akan berasa terkejut sekiranya musim 2024/2025 merupakan tahun terakhir Pep Guardiola bersama Manchester City.
Guardiola menyertai City sejak 2016 dan telah memenangi enam trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) serta dua Piala FA, empat Piala EFL, satu Liga Juara-Juara (UCL), Piala Super UEFA dan Piala Kelab Dunia.
Jurulatih berusia 53 tahun itu telah mengendalikan 485 perlawanan dalam semua kejohanan dan telah menang 352 daripada itu dengan purata kemenangan 76.6%, dengan tahun ini merupakan merupakan musim terakhir kontraknya.
Ketika ditanya mengenai musim terakhir Guardiola, Pearce yang turut pernah menjadi pengurus City pada 2005 hingga 2007 menjelaskan: "Ya, saya fikir mungkin tahun lepas juga. Intensiti dia bekerja agak luar biasa.
"Saya rasa Jurgen Klopp pergi adalah kerana intensiti cara bekerjanya. Saya fikir perkara yang sama boleh berlaku pada Pep.
"Tetapi saya tidak terkejut jika ini adalah musim terakhirnya, saya fikir City perlu berjaga-jaga dan bersedia sekiranya waktu itu tiba kerana kemungkinan akan berlakunya penurunan mendadak apabila Pep pergi.
"Anda perlu lihat seperti di Manchester, dan selepas senario pemergian Alex Ferguson apabila dia tiada.
"Secara peribadinya, saya berharap dia akan kekal dalam kancah bola sepak Inggeris untuk tempoh sedekad lagi kerana menonton bola sepak yang dia terapkan di City adalah sesuatu yang saya belum pernah lihat lagi sepanjang hidup saya." katanya.
Liverpool antara pasukan terbaik Eropah, kata Alonso menjelang kepulangan ke Anfield
Ketua jurulatih Bayer Leverkusen, Xabi Alonso, memuji bekas kelabnya dengan berkata Liverpool merupakan antara pasukan terbaik Eropah pada ketika dia sedang mempersiapkan diri bagi kepulangan ke Anfield.
Gyokeres lebih hebat ketimbang Haaland -- Kapten Sporting
Kapten Sporting CP, Morten Hjulmand, menganggap rakan sepasukannya, Viktor Gyokeres, sebagai penyerang yang lebih hebat berbanding Erling Haaland menjelang perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Manchester City di Lisbon awal pagi esok.
Dua kali ditunda, aksi Perak-JDT dipindahkan ke SSI
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa aksi Liga Super di antara Perak dan Johor Darul Ta'zim (JDT), yang dua kali ditunda di Stadium Perak sebelum ini, dipindahkan ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri.
Kelantan Darul Naim jawab isu pemain import tiada visa
Kelantan Darul Naim (KDN), dalam satu kenyataan sebentar tadi, menjawab persoalan mengenai dakwaan kelab itu gagal memperbaharui visa pemain importnya, yang dikatakan sudah enam bulan.
Neymar cedera lagi!
Neymar sekali lagi mengalami kecederaan apabila terpaksa dikeluarkan lebih awal ketika Al-Hilal menewaskan Esteghlal 3-0 dalam perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Kingdom Arena, Riyadh awal pagi tadi.
ACLE: Info siaran langsung (live streaming) JDT lawan Ulsan HD
Johor Darul Ta'zim (JDT) akan meneruskan kempen Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) dengan melayani kunjungan Ulsan HD di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri malam ini.
Ikuti 'Blueprint' Cristiano Ronaldo, LeBron James jika mahu capai prestasi optimum
Berdasarkan kajian yang dikeluarkan oleh National Library of Medicine, umur kemuncak prestasi seseorang atlet adalah berbeza daripada segi sukan serta jantina, namun secara tipikalnya adalah dalam lingkungan usia 20 hingga 30 tahun.
LWN: Empat jaringan Nur Safura gegar gawang Real CJ
Kelanan United kekal mengungguli puncak Liga Wanita Nasional (LWN) selepas berhasil mencatatkan kemenangan bergaya 8-0 ke atas Real CJ di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, semalam.
Perlawanan bertukar tragedi, seorang pemain maut dipanah petir
Seorang maut selepas dipanah petir di padang bola sepak di bandar Junín, Peru ketika perlawanan baru sahaja dihentikan ekoran cuaca ribut.
Tujuh pemain liga Zambia terbunuh nahas kemalangan bas
Presiden Konfederasi Sepak Bola Afrika, Patrice Motsepe, menzahirkan ucapan takziah kepada tujuh pemain Chavuma Town Council yang menjadi mangsa dalam kemalangan nahas bas pasukan, Sabtu lalu
Silva grateful Fulham's dominance was rewarded with late win
Silva grateful for late win
Guardiola expecting challenging season for injury-hit Man City
Pep expects challenging season
Returning fan favourite Alonso calls Liverpool 'one of Europe's best'
Alonso relishing Anfield return
Fulham 2-1 Brentford: Wilson's late brace seals comeback win
Report: Fulham 2-1 Brentford
Neymar suffers fresh injury blow
Neymar injured in Al-Hilal win
Juve must play at their limits against in-form Lille, warns Motta
Motta warns Juve of Lille threat
Smith not pinning blame on Ford for England loss
Smith: Ford not to blame for loss
Gyokeres rated above Haaland by Sporting captain Hjulmand
Gyokeres 'better than Haaland'
Arsenal sporting director Edu steps down
Edu quits Arsenal
Amorim: Man Utd will think 'new Alex Ferguson has arrived' if Sporting beat Man City
Amorim ready for scrutiny v City