Pengurus Manchester United, Erik ten Hag, menyifatkan dirinya bukan seperti 'Harry Potter' yang boleh melakukan magis dalam membina pasukan sekelip mata malah memerlukan masa dengan kemasukan beberapa muka baru ke dalam pasukan.

Ini berikutan kekalahan 0-3 skuad The Red Devils di laman sendiri kepada Liverpool hasil dua jaringan Luis Diaz dalam separuh masa pertama dan Mohamed Salah dalam 45 minit seterusnya.

"Kita perlu membina pasukan, ia akan mengambil masa dan bukan mudah seperti saya Harry Potter. Itu yang perlu anda sedar.




"Saya sudah menjelaskan banyak kali, kami sedang membina pasukan. Kami mempunyai pemain muda dan kami perlu memperbaiki pelbagai aspek, dalam penghujung musim nanti saya berasa yakin kami mempunyai peluang untuk merangkul trofi lagi.





"Ia keputusan yang sukar untuk peminat kami, kami perlu merendah diri dan terus pandang kehadapan." katanya.