Pengendali Manchester United, Ruben Amorim, mempersoalkan keputusan penasihat Marcus Rashford susulan komen yang dilakukannya mengenai masa depan pemain berusia 27 tahun itu di Old Trafford.

Rashford dalam satu temu bual bersama Henry Winter yang seakan mahukan 'cabaran baru' selepas diketepikan daripada perlawanan yang menyaksikan The Red Devils mengatasi Manchester City awal bulan ini.

Sejak itu, dia telah diketepikan daripada berada dalam kesebelasan utama dalam tiga aksi terakhir di bawah kendalian Amorim, termasuk ketika tewas kepada Tottenham dan Bournemouth baru-baru ini.






Musim ini, hanya Amad Diallo (8) dan Bruno Fernandes (8) yang telah terlibat dalam lebih banyak jaringan gol berbanding Rashford (5) dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

"Ia situasi yang sukar. Saya faham pemain ini mempunyai ramai orang di sekeliling mereka untuk membantu penyerang itu membuat pilihan yang merupakan bukan idea utama daripada pemain itu sendiri.

"Mereka memilih untuk melakukan wawancara bukan hanya pada Rashford. Buat masa ini, saya fokus untuk memperbaiki perkara itu. Kami hanya memerlukan lelaki berbakat seperti Rashford dan saya akan melupakan wawancara itu sekarang juga.






"Kami akan berusursan mengenai masa depan apabila tiba masanya." katanya.

United dalam momentum untuk kembali ke landasan kemenangan menjelang Boxing Day berdepan Wolves, yang kini berada di kedudukan ke-13 liga menjelang Krismas.

Amorim telah tewas tiga daripada enam perlawanan liga dengan Rashford telah meledak tiga gol dalam enam penampilannya di bawah pengurus kelahiran Portugal itu dalam semua pertandingan.