Bekas bintang Manchester United dan Portugal, Luis Nani, mengumumkan persaraannya daripada bola sepak pada usia 38 tahun.
Bekas pemain sayap itu menutup kariernya selaku pemain gemilang pada eranya, yang bermula di Sporting CP, di mana dia bersama pasukan itu dalam tiga tempoh berbeza.
Kemuncak karier Nani tiba sewaktu tempoh lapan tahunnya menyarung jersi Manchester United, di mana dia menjulang empat trofi Liga Perdana Inggeris (EPL), satu gelaran Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dan Piala Dunia Kelab.
Dia juga merupakan sebahagian daripada pasukankebangsaan Portugal sewaktu memenangi Euro 2016, mengetuai pasukan itu ketika aksi final menentang Perancis, di mana Cristiano Ronaldo terpaksa dikeluarkan pada awal permainan gara-gara kecederaan.
Nani melakukan 112 penampilan antarabangsa dari 2006 hingga 2017, menjadikannya pemain kelima dengan rekod penampilan terbanyak Selecao dan mewakili negara itu dalam lima kejohanan utama.
"Masanya sudah tiba untuk mengucapkan selamat tinggal, saya telah memutuskan untuk menamatkan kerjaya saya sebagai pemain profesional," tulisnya dalam media sosial.
“Ia adalah satu perjalanan yang menakjubkan dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada setiap orang yang telah membantu saya dan menyokong saya melalui suka dan duka sepanjang kerjaya yang berlangsung lebih 20 tahun ini dan memberikan saya banyak kenangan yang tidak dapat dilupakan.
"Masa untuk membuka lembaran baru dan fokus kepada matlamat dan impian baru," katanya.
Muzaffar Musa
Mon Dec 09 2024
Liga A1: Kelantan Red Warrior tidak wajar raih 'slot automatik'
Pasukan yang beraksi dalam saingan Liga A2 Amatur, AAK Ultimate, tampil menyatakan ibarat tidak adil sekiranya Kelantan Red Warrior (KRW) dapat menyertai liga tertinggi AFL secara automatik pada musim hadapan.
Pemain, staf alami tunggakan gaji wajar kemuka laporan kepada AFL
Pasukan Liga A1 Semi Pro, Kuala Lumpur (KL) Rovers, kian dibelenggu masalah tunggakan gaji selama tujuh bulan yang belum menemui jalan penyelasaian.
(VIDEO) Lintangan Dion Cools pastikan Buriram United kekal ungguli Thai League 1
Kapten Harimau Malaya, Dion Cools, memainkan peranan penting ketika pasukannya, Buriram United, menewaskan satu lagi pasukan gergasi Thailand, BG Pathum, 2-0 dalam perlawanan Thai League 1 di Stadium Leo, Pathum Thani, malam tadi.
EPL: Pep Guardiola pahat sejarah di Manchester City
Pep Guardiola kini bergelar pengurus Manchester City dengan 500 perlawanan bersama kelab itu.
EPL: Manchester City kembali ke landasan kemenangan
Savinho dan Erling Haaland menemui sasaran ketika Manchester City kembali ke landasan kemenangan dengan menewaskan Leicester City 2-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium King Power lewat malam tadi.
EPL: Liverpool kian unggul di persada
Liverpool melebarkan penguasaan di persada Liga Perdana Inggeris (EPL) kepada lapan mata apabila membelasah West Ham 5-0 di Stadium London awal pagi tadi.
Piala AMEC: Vietnam mara bergaya ke final singkir Singapura
Vietnam mara ke final Kejohanan Piala ASEAN Mitsubishi Eletric (AMEC) buat kali kelima sepanjang sejarah penyertaan mereka apabila menewaskan Singapura 3-1 di Stadium Phu Tho malam tadi.
'Sampai bila Kedah nak berhutang, pemain ada anak bini nak tanggung'
Pemain bola sepak Kedah Darul Aman (KDA) didakwa tidak menerima gaji selama sembilan bulan walaupun beberapa hari lagi tahun 2024 akan melabuh tirai.
'Ini kali pertama dalam karier tidak terima gaji tujuh bulan'
Pertahanan berpengalaman Kuala Lumpur (KL) Rovers, Mohd Amer Saidin, berpandangan situasi yang dihadapi pasukannya ketika ini adalah detik paling sukar sepanjang karier bolasepak profesionalnya.
Piala Cabaran: PDRM laung pertahan gelaran meski laluan berliku
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PDRM, ASP Hafiz Zainal Abidin, mengakui laluan berliku menanti pasukannya dalam misi mempertahankan kejuaraan Piala Cabaran 2024/25.
Serie A and Coppa Italia winner Rui has contract terminated at Napoli
Napoli terminates Rui contract
Swiatek powers Poland past Ruud's Norway at United Cup
Swiatek bests Ruud at United Cup
Gilgeous-Alexander lauds 'special' Mitchell after Grizzlies rout
Gilgeous-Alexander lauds Mitchell
England pair Root and Brook nominated for ICC men's cricketer of the year
Root and Brook nominated for award
AC Milan appoint former Porto boss Conceicao after Fonseca sacking
AC Milan appoint Conceicao
Plymouth boss Rooney understands fan unrest as pressure mounts
Rooney understands fan frustration
Djokovic and Kyrgios enjoy 'awesome' doubles win
Djokovic, Kyrgios win doubles match
Salah claims he is 'far away' from signing new Liverpool deal
Salah 'far away' from new Reds deal
Rohit rues missed opportunities after India go down to Australia
India 'fell short', says Rohit
Australia captain Cummins on dramatic win over India: 'One of the best Tests I've been part of'
Cummins revels in thrilling win