Ammar Hakim
Sat Sep 14 2024
Erik ten Hag percaya aksi cemerlang Andre Onana menafikan sepakan penalti menjadi 'titik perubahan' susulan Manchester United kembali menemui rentak kemenangan apabila mengatasi Southampton 3-0 di laman lawan.
The Red Devils tiba di Stadium St Mary dengan dua kekalahan berturut-turut dan hampir ketinggalan pada minit ke-33, namun Onana berjaya meneka percubaan Cameron Archer.
Pelawat kemudian menggunakan peluang terhidang apabila gol terhasil menerusi Matthijs de Ligt dan Marcus Rashford untuk meletakkan mereka 2-0 pada separuh masa pertama, sebelum Alejandro Garnacho melengkapkan kemenangan.
Ten Hag berpuas hati dengan kebangkitan ditampilkan dan memuji Rashford, yang menjaringkan gol pertama sejak bulan Mac.
“Permulaan tidak mudah,” kata bos United itu kepada BBC Match of the Day.
"Saya fikir penalti adalah titik perubahan dalam permainan dan, kami menjaringkan gol dan itu sangat penting. Mulai saat itu, permainan sudah menjadi milik kami."
Mengenai gol Rashford, dia menambah, "Ia sangat penting. Kami bercakap sebelum perlawanan. Ia besar untuknya, untuk setiap penyerang.
"Apabila musim bermula, anda mahu berada dalam senarai pemarkahan. Sekarang dia mempunyai yang pertama, saya pasti lebih ramai akan datang."
Piala EFL: Manchester United pesta jaringan di Old Trafford, belasah kelab divisyen tiga
Marcus Rashford sekali lagi menerusi sasaran dengan dua jaringan ketika Manchester United membelasah Barnsley 7-0 di Old Trafford dalam aksi pusingan ketiga Piala EFL.
Antony perlu berjuang untuk beraksi -- Ten Hag
Erik ten Hag berkata Antony mampu 'kembali bangkit' daripada kemelut dihadapi penyerang itu untuk mendapatkan tempat dalam pasukan Manchester United.
EPL: Erik ten Hag 'tabik hormat' Marcus Rashford akhiri kemarau jaringan
Erik ten Hag memberi tabik hormat kepada Marcus Rashford selepas penyerang Manchester United itu menamatkan kemarau golnya dalam kemenangan mereka di Southampton.
EPL: Aksi cemerlang Onana jadi momentum kemenangan Man United
Erik ten Hag percaya aksi cemerlang Andre Onana menafikan sepakan penalti menjadi 'titik perubahan' susulan Manchester United kembali menemui rentak kemenangan apabila mengatasi Southampton 3-0 di laman lawan.
EPL: Man Utd kembali menang, mudah atasi Southampton di tempat lawan
Naib juara Perisai Komuniti, Manchester United, kembali di landasan kemenangan menewaskan Southampton di Stadium St. Mary dalam aksi Liga Perdanan Inggeris (EPL) selepas kecewa di tangan Liverpool bulan lalu.
Ugarte dijangka bakal turun bertemu Southampton -- Ten Hag
Pengendali Manchester United, Erik ten Hag, mendedahkan pemain terbaru, Manuel Ugarte, bersedia untuk diturunkan untuk penampilan sulung bersama The Red Devils hujung minggu ini.
Impak Mason Greenwood lonjak kemampuan Marseille -- Longoria
Mason Greenwood 'membuat perubahan' untuk Marseille Roberto De Zerbi di tengah-tengah permulaan kukuh mereka untuk musim Ligue 1, kata ketua eksekutif kelab itu, Pablo Longoria.
Ronaldo berhak beri pendapat -- Ten Hag
Ketua jurulatih Manchester United, Erik ten Hag, menepis komen terbaru Cristiano Ronaldo ketika dia terus menghalang kritikan menyelubungi dirinya.
EPL: Noussair Mazraoui syukur mentalitinya sudah berubah
Perubahan mentaliti sangat penting bagi pemain baru Manchester United, Noussair Mazraoui, yang mahu meningkatkan tahap permainannya kepada lebih profesional dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Erik ten Hag perlu tambah ilmu pengetahuan -- Cristiano Ronaldo
Pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo, mempercayai bahawa gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United, sukar dibina semula jika Erik ten Hag tidak mengambil nasihat daripada orang sekeliling termasuk penolong jurulatih, Ruud van Nistelrooy.
Postecoglou warns 'no easy or quick fix' for Spurs after Coventry scare
'No easy or quick fix for Spurs'
Inzaghi content with Man City draw but laments Inter misses
Inzaghi content with Etihad draw
'I love my team' – Guardiola proud of Man City despite Inter blank
Guardiola proud of Man City efforts
Arteta confirms Arsenal captain Odegaard out 'for a while' with ankle injury
Arteta: Odegaard out for a while
Man City 0-0 Inter: Guardiola's men frustrated in repeat of 2023 final
Report: Man City 0-0 Inter
Club Brugge 0-3 Borussia Dortmund: Gittens nets twice as last season's finalists open with win
Report: Club Brugge 0-3 Dortmund
Paris Saint-Germain 1-0 Girona: Gazzaniga's late error spoils visitors' Champions League bow
Report: PSG 1-0 Girona
Coventry City 1-2 Tottenham: Late Spurs turnaround breaks Sky Blues' hearts
Report: Coventry 1-2 Tottenham
Celtic 5-1 Slovan Bratislava: Engels stars as Rodgers' men make dominant start
Report: Celtic 5-1 Bratislava
Afghanistan claim South Africa scalp as Farooqi and Ghazanfar share seven wickets
Afghanistan claim Proteas scalp