Negeri Sembilan Antlers menghangatkan saingan Kumpulan B, Emas Anuar Piala Juara-Juara Liga Sepak Takraw (STLCC) apabila menumbangkan Kuala Lumpur Thunder 2-0 di Studio Iskandar Malaysia, Johor sebentar tadi.
KL Thunder, yang membuka kempen STLCC dengan kemenangan 2-0 ke atas PDRM Defenders semalam, merupakan pasukan pilihan selepas bergelar naib juara divisyen perdana Liga Sepak Takraw (STL) musim ini.
Bagaimanapun, Antlers, yang menurunkan Haziq Hairul Nizam (tekong), Shazreenqamar Salehan (pengumpan) dan Hafizul Hayazi Adnan (perejam), membuktikan rekod di atas kertas itu tidak boleh dijadikan ukuran untuk mencatatkan kemenangan tipis 21-19 dalam set pertama.
Barisan pemain bintang KL Thunder, yang terdiri daripada Syahir Rosdi (tekong), Amirul Zazwan Amir (pengumpan) dan Khairol Zaman Hamir Akbar (perejam), jelas tidak lagi mampu bertahan dalam set kedua, sekali gus memberikan Antlers kemenangan dalam aksi pertama mereka dengan keputusan 21-10.
Terdahulu, dalam satu lagi aksi Kumpulan B, Penang Black Panthers turut membuka kempen dengan kemenangan apabila mengatasi Defenders 2-0 petang tadi.
Kejayaan itu menyaksikan KL Thunder, Antlers dan Black Panthers berkongsi kedudukan teratas, masing-masing dengan mengumpulkan dua mata.
Aksi tunggal Kumpulan A hari ini pula menyaksikan ATM Guardians mengatasi Terengganu Turtles 2-0 hasil kemenangan 21-18, 21-13.
Ia merupakan kemenangan pertama Guardians selepas tewas 0-2 kepada Johor Tigris semalam.
Muzaffar Musa
Mon Jul 31 2023
Piala Emas Khir Johari: Melaka bariskan deretan bintang STL
Melaka membariskan deretan pemain bintang Liga Sepak Takraw (STL) menjelang Kejohanan Edisi Ke-57 Piala Emas Khir Johari di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur bermula hari ini.
STLCC: Bison iringi Tigris ke separuh akhir, Black Panthers, Antlers singkir KL Thunder
Perak Bison mengiringi Johor Tigris ke separuh akhir Emas Anuar Piala Juara-Juara Liga Sepak Takraw (STLCC) apabila mengungguli pertemuan kedua-dua pasukan itu dalam aksi terakhir Kumpulan A di Studio Iskandar Malaysia sebentar tadi.
Emas Anuar STLCC: Black Panthers terajui Kumpulan B atasi Antlers
Penang Black Panthers muncul pendahulu Kumpulan B saingan Emas Anuar Piala Juara-Juara Liga Sepak Takraw (STLCC) apabila mengatasi Negeri Sembilan Antlers 2-0 dalam perlawanan di Studio Iskandar Malaysia, Johor sebentar tadi.
Emas Anuar STLCC: Negeri Sembilan Antlers hangati saingan Kumpulan B atasi KL Thunder
Negeri Sembilan Antlers menghangatkan saingan Kumpulan B, Emas Anuar Piala Juara-Juara Liga Sepak Takraw (STLCC) apabila menumbangkan Kuala Lumpur Thunder 2-0 di Studio Iskandar Malaysia, Johor sebentar tadi.
Emas Anuar ST: Perak Bison terus hangatkan perebutan kejuaraan benam Sabah Mountaineers
Perak Bison kembali menghangatkan perebutan kejuaraan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) apabila membenam Sabah Mountaineers 2-0 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur sebentar tadi
Emas Anuar STL: Perak Bison, Penang Black Panthers terus hambat kedudukan KL Thunder
Perak Bison dan Penang Black Panthers terus menghambat kedudukan pendahulu liga, Kuala Lumpur Thunder, selepas menewaskan lawan masing-masing dalam aksi ke-15 Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) di Stadium Titiwangsa hari ini.
Emas Anuar STL: Melaka Titans kecapi kemenangan pertama
Pemburuan kemenangan pertama Melaka Titans dalam Emas Anuar Liga Sepak Takraw League (STL) tamat apabila mengalahkan Johor Tigris.
Emas Anuar STL: Perak Bison kekal dalam kelompok tiga teratas benam Bomba Fighters
Perak Bison kekal berada dalam kelompok tiga teratas saingan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) apabila mudah membenam Bonba Fighters 2-0 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur sebentar tadi.
Emas Anuar STL: KPT-MASUM Knights cipta kejutan terbesar beri KL Thunder kekalahan pertama
KPT-MASUM Knights mencipta kejutan terbesar dalam saingan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) musim ini apabila menumbangkan pasukan pilihan, Kuala Lumpur Thunder, 2-0 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur sebentar tadi.
Emas Anuar STL: Gandingan kembar pacu kebangkitan Defenders juarai Divisyen 1
PDRM Defenders bangkit daripada ketinggalan satu set untuk bergelar juara Divisyen 1 Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) dengan menewaskan Terengganu Turtles 2-1 dalam aksi final di Stadium MABA, Kuala Lumpur sebentar tadi.
Timberwolves demolish Nuggets to force Game 7
Timberwolves rip Nuggets in Game 6
Nashville SC v Atlanta United: Long-time coach Smith departs in shock move
Nashville SC are on the lookout for a new coach after they elected to part ways with Gary Smith, despite a win in midweek.
FC Cincinnati v St. Louis City: Noonan looking for improved performance despite Atlanta win
Preview: FC Cincinnati v St. Louis
Martino 'won't take risks' but expects Messi to play this weekend
Martino expecting Messi to play
PGA Championship: Schauffele sets pace with historic round
Schauffele sets Valhalla pace
Almeria 0-2 Barcelona: Fermin at the double in easy Blaugrana win
Report: Almeria 0-2 Barcelona
Sabalenka defeats Collins to set up Swiatek rematch
After losing to Iga Swiatek in Madrid earlier in May, Aryna Sabalenka will get the chance for revenge when she faces the Pole in Rome.
Charlotte FC v LA Galaxy: Smith looking to build on 'untidy' win over Fire
Charlotte FC will bid to make it four straight wins when they welcome the LA Galaxy this weekend.
Klopp jokes he 'doesn't like Maddison' after failing to block Kompany winner
Klopp: I don't like Maddison!
Al-Ittihad pegged back as winless run rolls on
Al-Ittihad's poor run continued as they drew 1-1 with Al-Khaleej in the Saudi Pro League on Thursday.