KL Thunder membawa cabaran ke pentas final GP Johor Emas Anuar Sepak Takraw League (STL) apabila mengatasi Selangor Pistons 2-0 sebentar tadi.

KL Thunder turun tanpa kehadiran Syahir Rosdi apabila dikhabar masih tidak berada di tahap terbaik dan menurunkan Zarif Merican selaku tekong sementara Azlan Alias dan Amirul Zazwan melengkapkan trio.

Cemerlang mempamerkan aksi menerusi kutipan mata daripada servis dan libasan, KL Thunder berjaya menang set pertama 15-9.

Selangor yang cuba bangkit dalam set kedua, berusaha sebaik mungkin untuk menyaingi kemampu KL bagaimanapun terpaksa akur untuk terlepas pentas final apabila tewas 15-9.