Semalam penyokong bola sepak tanah air dikejutkan dengan berita yang mendakwa ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon bakal mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan.

Namun tidak lama selepas itu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengeluarkan kenyataan rasmi menafikan perkhabaran tersebut sekaligus melegakan kebanyakan penyokong yang mahu melihat pengendali kelahiran Republik Korea itu terus mengepalai skuad kebangsaan.

Pada pandangan penulis yang juga penyokong Chelsea tersakiti, daripada minta Pan-gon tinggalkan Malaysia, lebih baik desak Mauricio Pochettino tinggalkan Chelsea.

Terbaru, kelab yang berpengkalan di London itu terus keciciran mata ketika seri bertemu Burnley yang beraksi dengan 10 orang pemain sejak minit ke-40 perlawanan.

Bukan itu sahaja malah Chelsea juga gagal memanfaatkan peluang berdepan Burnley yang kehilangan pengurus, Vincent Kompany yang turut diarahkan meninggalkan padang selepas dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan, Darren England.

Daripada sebuah pasukan yang bergelar juara Piala Dunia Kelab FIFA 2022, The Blues kini bagaikan sebuah kelab biasa dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Persoalannya kini, wajar atau tidak Pochettino terus diberikan mandat kendalikan Chelsea?

Trust the process atau frust the process?