Mauricio Pochettino memuji 'titik tolak' dalam hubungan tegang Chelsea dengan peminat mereka selepas menjaringkan gol dua kali dalam masa kecederaan ketika Cole Palmer melengkapkan hatrik dan memastikan kemenangan 4-3 menentang Manchester United di Stamford Bridge.

United nampaknya membawa pulang tiga mata penuh, sehingga minit ketujuh masa kecederaan, Diogo Dalot menjatuhkan Noni Madueke untuk memberikan sepakan penalti yang dilengkapkan Palmer bagi memastikan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata.

Tetapi ada lagi drama yang tiba, Palmer meraih sepakan terakhir perlawanan yang terkena Scott McTominay sebelum mengatasi penjaga gol United, Andre Onan sekaligus mengecewakan pasukan kendalian Erik ten Hag.



Hubungan antara peminat dan kelab makin merosot berikutan musim mengecewakan Chelsea, namun sambutan kemenangan yang diraih merupakan satu kegembiraan yang tidak terkawal, dengan Pochettino meramalkan permulaan baru selepas kemenangan ini.

"Ia amat menakjubkan," katanya.

“Kami adalah pasukan yang lebih baik hari ini dan adalah adil kami menjaringkan gol pada minit terakhir.

“Kami bermula dengan sangat baik, 2-0 (atas), permainan terkawal, kemudian kami melakukan kesilapan dan mengalami kesan emosi. Ia tidak mudah untuk ditangani. Pada separuh masa kedua kami mengawal permainan (tetapi) bolos dalam peralihan.

“Adalah penting untuk menyelesaikan seperti itu, mewujudkan hubungan antara peminat dan pemain kami. Ia adalah perkara yang sangat baik yang berlaku hari ini. Ia sepatutnya menjadi titik perubahan untuk kepercayaan peminat terhadap pasukan.”

Pochettino menambah, "Keghairahan bukanlah untuk menjadi gila di garisan tepi. Saya perlu kekal tenang dan terus menilai perlawanan, membantu pasukan dalam setiap aspek dalam permainan.

"Pada penghujung perlawanan, sudah pasti. Ia bukan sarkas yang anda perlukan badut untuk melakukan sesuatu di tepi padang.

"Saya bukan badut, saya seorang jurulatih."