Penyerang Chelsea, Cole Palmer, terus membuktikan dirinya sebagai antara permata England selepas mencatatkan rekod baru ketika pasukannya terikat seri 2-2 bertemu Burnley pada Sabtu.

Tonggak berusia 21 tahun itu kini muncul pemain paling muda dengan 12 catatan jaringan serta lapan bantuan jaringan buat ‘The Blues’ dalam saingan Liga Perdana Inggeris.



Secara keseluruhan, Palmer telah meledak 18 jaringan serta 12 bantuan jaringan dalam 38 perlawanan musim ini bersama Chelsea.



Lebih manis, Palmer berjaya mengatasi rekod legenda kelab, Eden Hazard selaku pemain paling banyak dengan keterlibatan jaringan bagi musim debut bersama Chelsea sebanyak 21 kali.