Pasukan wanita chelsea mengikat Ajax satu sama di Stamford Bridge untuk mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah Wanita dengan agregat 4-1.

Skuad kendalian Emma Hayes kini dalam misi meraih gelaran 'quadruple' musim ini selepas meneruskan kemaraan mereka di pentas eropah dengan terbaru menewaskan Ajax.

Jaringan pembukaan Chelsea hadir pada minit ke-33 menerusi sentuhan Mayra Ramirez.

Ajax kemudian bangkit di separuh masa kedua apabila Chasity Grant berjaya menembusi gawang Chelsea pada minit ke-65.

Tiada tambahan jaringan dan perlawanan tamat dengan keputusan satu sama.