Olahragawati Super Series 2024, Zaidatul Husniah, berkongsikan rencah dirinya dinobatkan selaku olahragawati yang memerlukan disiplin selain menjalani latihan secara konsisten sebelum kejayaannya memecahkan rekod kebangsaan dalam Kejohanan Cahya Mata Sarawak Super Series di Perlis.

Untuk rekod,catatan terbaik Zaidatul adalah ketika Kejohanan Cahya Mata Sarawak Super Series di Perlis dengan catatan 11.49s sekali gus memadam rekod 11.50s yang dipegang bekas pelari pecut negara, G. Shanti, yang dilakukannya di Kuala Lumpur pada 1993.

"Bagi saya Super Series kali pertama ini sangat bermakna untuk saya kerana saya telah pecahkan rekod kebangsaan. Itu memori bermakna serta bergelar Olahragawati.

"Kasut spike yang saya pakai sebelum ini memang sesuai digunakan dengan 'Fast Track', jadi kasut itu saya simpan untuk kejohanan sahaja.

Ketika ditanya mengenai usianya yang sudah melonjak 31 tahun, dia menjelaskan: "Sebab kami dari 2013 bertukar jurulatih, mungkin sentuhan jurulatih Fuad bantu saya pecahkan rekod ini. Jurulatih pernah kata sasaran dia adalah untuk pecahkan rekod kebangsaan. Saya rasa saya konsiten berlatih," katanya.

Secara keseluruhannya, Zaidatul telah mengumpul 158 mata manakala, Jonathan Nyepa merangkul 128 mata.

Dalam pada itu, pemenang emas 100m Super Series final 2024, Jonathan Nyepa, berasakan aspek sering bertukar jurulatih sebelum ini menjadi punca prestasinya kurang memberangsangkan.

"Sebelum ini banyak bertukar jurulatih dan sejak 2023 hingga sekarang saya sudah konsisten dengan satu jurulatih jadi boleh nampak perbezaan dari segi prestasi dan catatan mata saya ada peningkatan. Setiap bulan ada kejohanan.

"Dalam setiap series, ada saingan. Sekarang saya sudah kembali dapat momentum. Saya rasa catatan 10.28 itu saya boleh atasi." katanya.