Sudai ketahui bahawa beraksi di pentas Sukan Olimpik pertama pada usia 20 tahun sememangnya bukan satu perkara yang mudah.

Namun, pengalaman mematangkan anak jati Kedah itu untuk membina keyakinan diri tidak akan dilupakan buat pelumba berbasikal trek wanita negara, Nurul Izzah Izzati

Atlet kebangsaan itu masih mendahagakan lebih banyak kejayaan di pentas tertinggi walaupun berjaya memperbaharui rekod kebangsaan dalam acara pecut wanita dalam penampilan sulung di Paris 2024.

Secara amnya, Izzah Izzati juga tidak menyangka bahawa dia dapat memberi saingan kepada medalis edisi lalu di Tokyo 2020 sambil menjadikannya sebagai pembakar semangat untuk berjuang di Los Angeles 2028.