Pelumba berbasikal trek negara, Nurul Izzah Izzati Asri, berhasrat memecah rekod kebangsaan dengan pacuan lebih agresif menjelang Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2024 di Denmark.

Penyertaan Nurul Izzah kali ini bukan lagi sesi berbulan madu sebaliknya ingin menggunakan segala pengalaman lalu untuk menterjemahkan kemampuan sebenarnya dalam kejohanan itu yang bermula pada 20 Oktober ini.

Tidak dilupakan juga, azimat yang akan diguna pakai daripada The Pocket Rocketman, Datuk Azizulhasni Awang, yang sentiasa menerapkan mentaliti kemenangan terhadap pelumba muda itu dalam misi menggegar dunia.

"Saya harap tahun ini boleh meningkatkan kedudukan ranking kejuaraan dunia selain menyimpan hasrat untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya atau mencipta rekod baharu.

"Kalau Azizulhasni ada di sini, ia ibarat sumber semangat kerana berpeluang menyaksikan perlumbaannya dan menyerap suasana tersebut," katanya Nadi Arena sebentar tadi.