Skuad boling negara meraih emas ketujuh selepas Rafiq Ismail menewaskan pemain Thailand, Yannaphon Larpapharat, dalam peringkat akhir acara masters Sukan SEA Ke-29 di Sunway Mega Lanes, hari ini.
Ia pingat emas ketiga Rafiq dalam temasya kali ini selepas turut mengungguli acara perseorangan dan beregu campuran bergandingan dengan Sin Li Jane.
Dalam perlawanan hari ini, Rafiq kelihatan selesa mengekalkan kelebihan jatuhan pin dengan menghimpun 213 sementara lawannya itu memperoleh 190.
Dalam frame kelapan, Rafiq mengatasi Yannaphon 165-154, disusuli 185-174 dan kemudian menamatkan perlawanan 213-190.
"Untuk menjadi yang terbaik, perjalanan saya masih jauh. Saya akan berusaha keras dan membuatkan Sukan SEA ini sebagai perjalanan terbaik untuk menjadi juara boling negara, Insya'allah," katanya.
Rafiq mengikut jejak langkah Shalin Zulkifli yang sebelum itu menjuarai acara masters wanita selepas menewaskan Tannya Roumimper dari Indonesia.
Selain itu, Rafiq juga meraih perak dalam acara beregu lelaki bergandingan dengan Adrian Ang.
Skuad boling negara mengulangi pencapaian tujuh emas ketika Sukan SEA Kuala Lumpur 2001.
Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.
Gambar: Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA Kuala Lumpur (MASOC)
Penulis Jemputan
Fri Aug 25 2017
Sukan Para ASEAN: Inilah wajah maskot Rimau
"Walaupun kecil, ini jasa saya kepada negara," demikian luahan Fuad Sanoesi yang bangga terpilih selaku sukarelawan untuk memakai maskot Rimau sepanjang Sukan Para ASEAN Ke-9 ini.
Bola sepak CP: Malaysia tebus kekecewaan dengan gangsa
Skuad bola sepak cerebral palsy (CP) negara meraih pingat gangsa selepas menewaskan Singapura 4-0 dalam perlawanan penentuan tempat ketiga Sukan Para ASEAN 2017 di Majlis Sukan Negara (MSN), hari ini.
Bola keranjang: Malaysia gagal atasi Thailand
Impian skuad bola keranjang kerusi roda negara untuk meraih emas di laman sendiri tidak kesampaian apabila tewas kepada Thailand 56-70 dalam perlawanan akhir Sukan Para ASEAN 2017 di Dewan 10 MITEC, hari ini.
Pelajaran, sukan perlu seimbang -- Carmen
Perjalanan karier sebagai atlet tidak akan terhenti setakat ini sahaja buat perenang muda negara, Carmen Lim, selepas menggondol pingat emas Sukan Para ASEAN 2017 menerusi 50 meter gaya bebas S8 meskipun bakal menyambung pengajian di England, Disember depan.
Powerlifting: Yee Khie akhirnya sumbang pingat
Atlet powerlifting negara, Jong Yee Khie, akhirnya menghadiahkan pingat emas pertama Sukan Para ASEAN Ke-9 daripada kem itu menerusi kategori 97kg, hari ini.
Keputusan ujian doping tampak positif
Hanya satu kes yang dikesan positif selepas 700 keputusan sampel ujian doping diterima dan semua atlet negara hampir pasti bebas daripada menggunakan sebarang bahan terlarang di sepanjang saingan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
Tawfiq bangga pencapaian atlet dari Sabah
Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, bangga dengan pencapaian atlet dari Sabah yang menjadi sebahagian daripada kontinjen negara dalam saingan Sukan SEA di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Shapawi yakin tiada atlet negara gagal ujian doping
Selepas pelbagai langkah diambil sebelum menyertai Sukan SEA Kuala Lumpur, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail, memberi jaminan tiada mana-mana atlet negara akan gagal dalam ujian doping.
Jegathesan mahu kes doping KL2017 segera diselesaikan
Penasihat Jawatankuasa Perubatan dan Anti Doping Sukan SEA, Tan Sri Dr M. Jegathesan mahu kes doping temasya Kuala Lumpur 2017 diselesaikan sebelum Disember depan bagi menjaga kredibiliti tuan rumah, Malaysia.
Sukan SEA: Selamat tinggal Kuala Lumpur, jumpa lagi di Filipina
Kuala Lumpur akhirnya mengucapkan selamat tinggal kepada Sukan SEA selepas berlangsungnya upacara penutup di sebalik pencapaian 145 emas negara sebagai hadiah bagi meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-60.
Australian Open: Sabalenka feels she has matured in three-peat quest
Sabalenka feels she has matured
Australian Open: Zverev soars into second round in Melbourne
Zverev through to Aus Open R2
Murray: Coaching Djokovic 'more demanding than I expected'
Murray: Coaching Novak 'demanding'
Pistons hail 'tremendous' Cunningham after another triple-double
Pistons heap praise on Cunningham
Australian Open: Nishikori wants fewer five-set battles despite stunning win
Nishikori wants fewer five-setters
Australian Open: Sabalenka enjoys Melbourne homecoming
Sabalenka dispatches Stephens
Yamal backed for Ballon d'Or glory by Lewandowski
Yamal backed to win Ballon d'Or
Australian Open: Nishikori completes stunning comeback
Nishikori stuns in comeback win
Bin Shen will leave Malaysia with fond memories
Tan Bin Shen insist he will leave the national team with only good memories despite being denied the ideal farewell following the exits of the men’s doubles pairings at the Malaysia Open.
NBA: Morant's late jumper lifts Grizzlies over Wolves
Morant's jumper lifts Grizzlies