Kevin Durant dijangka dapat berkomitmen mewakili Amerika Syarikat dalam Sukan Olimpik yang akan datang di Tokyo.

Sebilangan besar barisan bintang NBA akan mewakili USA di Jepun, tetapi Durant dijangka bersedia untuk ke Tokyo.

Durant, yang membantu negaranya memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik 2012 dan 2016, akan menyertai Bradley Beal, Devin Booker, Damian Lillard, Jayson Tatum dan Draymond Green, menurut The Athletic.

Bintang Los Angeles Lakers, LeBron James, telah menyatakan tidak akan beraksi dalam Sukan Olimpik awal bulan ini, berkata dia akan meluangkan masa mempromosikan filem terbarunya, 'Space Jam: A New Legacy', yang dijadualkan bakal ditayang bulan depan.


Durant yang menampilkan aksi terbaiknya dalam Permainan 7 aksi play-off Sabtu lalu, tetapi tidak cukup untuk membantu Brooklyn Nets mengatasi Milwaukee Bucks, Brooklyn tewas 115-111 dalam aksi separuh akhir Eastern Conference.