Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim, secara peribadi berasakan pencapaian e-sukan negara merupakan antara detik terbaik buatnya sepanjang tahun 2024.

Terdahulu, Selangor Red Giants (SRG) menamatkan kemarau tujuh tahun negara apabila muncul juara di Kejohanan Mid Season Cup MSC MLBB 2024 selain merangkul gelaran Kejohanan Dunia IESF 2024 di Riyadh, Arab Saudi, September lalu.

Malah, ketika ini Malaysia merupakan tuan rumah bagi kejohanan paling berprestij dalam sukan Mobile Legends Bang Bang (MLBB), Kejohanan Dunia M6, yang berlangsung di IOI Putrajaya dan peringkat separuh akhir akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Sabtu ini.





"Momen terbaik adalah pencapaian E-Sukan negara dan itu merupakan pencapaian yang boleh kita tekankan. Kerana mereka kembali bangkit tahun ini dan dapat rangkul kejuaraan selain menjadi tuan rumah untuk kejohanan yang besar." katanya kepada Nadi Arena.